Apabila anda berbelanja menggunakan kad debit & kredit anda (yang telah anda hubungkan di Akaun Auto-bundar), kami akan bundarkan transaksi pembelian tersebut ke Ringgit yang seterusnya. Kemudian, duit baki yang tersedia akan terkumpul terlebih dahulu (secara maya dalam aplikasi Raiz anda). Apabila duit baki tersebut telah melebihi had yang anda setkan, duit tersebut akan di ambil dari bank Akaun Pembiayaan anda, dan dilaburkan mengikut portfolio anda.
Contohnya?
Anda telah menghubungkan kad kredit anda ke Akaun Auto-bundar. Anda membeli-belah di pasaraya dan membayar menggunakan kad kredit yang sama sebanyak RM50.30. Raiz akan merekodkan transaksi tersebut seterusnya membundarkannya kepada RM60. Jadi, ada duit baki 70 sen yang tersedia.
Harap maklum, pada ketika ini, duit baki ini tidak akan terus diambil dari kad anda. Tetapi ia akan dikumpulkan dahulu secara maya dalam aplikasi Raiz anda.
Apabila anda terus berbelanja, duit baki ini akan terus terkumpul secara maya. Apabila duit baki terkumpul telah mencecah had RM5 yang anda setkan, duit baki terkumpul ini akan diambil dari kad debit anda yang telah anda hubungkan di Akaun Pembiayaan, dan kemudiannya terus dilaburkan.