Panduan Pendaftaran
1

Set Akaun Pembiayaan

Akaun Pembiayaan adalah kad debit yang membiaya pelaburan Raiz anda. Kad ini akan didebitkan setiap kali anda melakukan pelaburan.

  1. Untuk setkan Akaun Pembiayaan anda, sila pilih bank dari senarai yang tersedia dan masukkan maklumat kad debit anda.

  2. Anda perlu memasukkan one-time password (OTP) untuk memautkan kad anda. Kod tersebut akan dihantar menerusi SMS ke nombor telefon yang be daftar dengan bank anda.

    Jika anda mengalami sebarang masalah semasa memautkan kad, sila hubungi bank anda melalui nombor yang tertera di belakang kad.

2

Set Akaun Pengeluaran

Akaun Pengeluaran adalah akaun bank (akaun simpanan atau semasa) anda. Apabila anda membuat pengeluaran dari akaun Raiz anda, wang tersebut akan dihantar ke akaun bank anda. Anda boleh mengeluarkan wang anda dari akaun Raiz pada bila-bila masa.

Untuk setkan Akaun Pengeluaran, sila pilih bank dari senarai yang tersedia dan masukkan nombor akaun bank anda.

3

Isi maklumat diri anda

Langkah terakhir bagi proses pendaftaran adalah mengisi maklumat diri anda. Raiz tertakluk di bawah undang-undang yang memerlukan identiti anda disahkan. Wang anda tidak akan dilaburkan sebelum identiti dan akaun anda belum disahkan. Raiz menjaga rapi maklumat dan informasi yang anda berikan mengikut Dasar Privasi yang telah ditetapkan.

  1. Anda hanya perlu masukkan:
    • nama Penuh anda
    • nombor MyKad anda
    • nombor telefon bimbit anda
    • jawapan sekuriti
    Raiz mengambil berat soal keselamatan maklumat anda. Semua maklumat disimpan dengan tahap keselamatan yang ketat dan data yang dikodkan.
  2. Pada skrin berikutnya, masukkan alamat tetap rumah anda dan sila sahkan anda bukan warga A.S. Raiz tidak menerima permohonan pendaftaran dari warga A.S.
  3. Skrin berikutnya adalah untuk anda menjawab sama ada anda adalah pemastautin cukai di luar Malaysia, dan sama ada anda adalah individu yang terdedah dari segi politik, atau Politically Exposed Person (PEP) – tanda Ya tau Tidak.
  4. Kemudian, anda akan mengesahkan bahawa anda telah membaca dan bersetuju:Anda hanya perlu menanda kesemuanya untuk ke skrin yang seterusnya.
  5. Pada skrin berikutnya, anda perlu menjawab beberapa soalan yang ringkas berkenaan:
    • Pekerjaan
    • Sumber Pendapatan
    • Nilai Aset Bersih (jumlah aset yang anda miliki seperti wang simpanan, amanah saham, rumah, ditolak dengan jumlah hutang anda seperti pinjaman rumah, pinjaman kereta, kad kredit)
    • Jangka Masa Pelaburan (berapa lama anda ingin melabur)
    • Sebab Melabur
    • Pendapatan Bulanan
  6. Kemudian, ambil gambar MyKad anda (depan dan belakang). Anda juga boleh muat naik gambar dari galeri telefon anda.
  7. Setelah anda menghantar maklumat ini, Raiz akan mencadangkan sebuah portfolio yang bersesuaian dengan anda. Klik “Saya setuju”.

    Anda juga boleh menukar portfolio anda. Setiap portfolio mempunyai tahap risiko yang berlainan. Dengan menukar kepada portfolio yang lain, anda mungkin akan terdedah kepada risiko yang kurang atau berlebihan yang mungkin kurang sesuai dengan tahap risiko anda.

  8. Anda boleh pilih jumlah pelaburan pertama anda. Duit hanya akan ditolak daripada kad debit anda dan akan dilaburkan setelah maklumat akaun anda telah disahkan – jadi, sila pastikan bahawa semua maklumat yang diberkan adalah tepat.

4

PILIHAN: Pautkan Akaun Auto-bundar anda untuk melabur wang baki anda!

Kad debit dan kredit VISA serta kad debit MasterCard dari Maybank boleh dipautkan sebagai Akaun Auto-bundar.

Setiap kali anda berbelanja menggunakan kad yang telah anda setkan sebagai Akaun Auto-bundar, Raiz akan merekod dan membundarkan transaksi tersebut ke Ringgit yang seterusnya supaya wang baki anda akan disimpan dan dilaburkan.

Contohnya, apabila anda membeli barang di pasaraya sebanyak RM50.30 menggunakan kad tersebut, Raiz akan membundarkannya kepada RM51. Jadi, baki 70 sen tersebut akan disimpan dan dilaburkan.

  1. Untuk setkan Akaun Auto-bundar, sila pilih jenis kad yang ingin anda pautkan dan masukkan maklumat kad anda.

  2. Bergantung kepada jenis kad yang ingin anda pautkan, anda mungkin perlu memasukkan one-time password (OTP) untuk memautkan kad anda. Kod tersebut akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon yang berdaftar dengan bank anda.

    Sekiranya anda mengalami sebarang masalah semasa memautkan kad,anda, sila hubungi bank anda melalui nombor yang tertera dibelakang kad.

Jika anda tidak berminat dengan pelaburan wang baki ini, anda boleh sahaja langkau proses ini dan kami tidak akan mengumpul wang baki anda. Anda masih boleh melabur dengan cara pelaburan sekali gus atau Auto-labur.

Untuk pelaburan sekali gus, tekan “Labur” dari skrin Utama, pilih “Deposit”, dan masukkan amaun yang anda inginkan.

Untuk pelaburan Auto-labur, tekan “Labur” dari skrin Utama, pilih “Auto-labur”, dan setkan jumlah dan kekerapan (harian, mingguan, atau bulanan). Pelaburan anda akan berjalan secara automatik.

5

Penyelesaian masalah akaun

Kadangkala, timbulnya isu semasa pendaftaran akaun – mungkin maklumat yang dimasukkan tidak tepat. Jika ia berlaku, segi tiga berwarna merah berserta mesej ralat akan muncul di skrin Utama. Klik sahaja notifikasi tersebut untuk menanganinya.

Bergantung kepada situasi tertentu, anda mungkin perlu menyerahkan dokumen tambahan bagi proses pengesahan akaun anda. Sekiranya perlu, Khidmat Pelanggan kami akan menghubungi anda.

Jika perlukan bantuan, anda boleh hubungi kami di help@raiz.com.my atau +603 2714 6114.