Urus Duit Gaji dengan Lebih Baik

Click here for English

 

Hari gaji! Senyum lebar semua apabila dapat notifikasi beritahu duit gaji dah masuk.

Malang sekali senyuman itu tidak lama apabila anda perlu membayar bil-bil, perbelanjaan rumah, yuran sekolah anak dan sebagainya. Sehinggakan duit seakan tidak cukup apabila sudah tengah bulan. Masa itu la mee Maggi muncul di ingatan.

Persoalannya, bagaimana nak urus duit gaji itu secara lebih sistematik supaya duit yang ada dapat memenuhi semua perbelanjaan dan dapat hidup dengan tenang?

Antara panduan yang boleh digunakan ramai ialah Peraturan 50/30/20 dikelaskan kepada tiga:

  • Keperluan (50%)
  • Kehendak (30%)
  • Simpanan & Pelaburan (20%)

Namun pecahan peratusan ini boleh diubah mengikut kesesuaian hidup anda secara keseluruhan.

 

Keperluan

Ini bahagian yang paling perlu diutamakan kerana melibatkan kelangsungan hidup anda seperti rumah, makanan, pengangkutan, ubat-ubatan dan bil utiliti. Apabila sudah dapat duit gaji, adalah lebih baik jika boleh terus selesaikan bayaran wajib setiap bulan ini. Tetapkan bayaran secara automatik supaya anda tidak terlupa.

Untuk perbelanjaan makanan dan barang rumah, kini lebih mudah untuk anda menilai sendiri harganya. Contohnya, beli barang online secara pukal biasanya lebih murah daripada beli satu-satu dan masak sendiri biasanya lebih murah daripada beli makanan di kedai.

Mudah mudahanan selesai bahagian keperluan ini, hati akan lebih tenang.

 

Kehendak

Bahagian ini pula melibatkan sesuatu yang anda suka berbelanja tetapi bukan untuk kelangsungan hidup seperti melancong, beli bag tangan ke-3 dan langsir rumah untuk Hari Raya. Kebiasaanya untuk keseronokan setelah penat bekerja. Nak reward diri la katakan.

Jika anda tidak punyai banyak duit untuk bahagian ini, anda boleh menyimpan sikit-sikit setiap bulan untuk dapatkan apa yang anda hajati itu. Untuk ini, Raiz boleh bantu anda melalui fungsi Target Simpanan. Anda hanya set target berapa simpanan bulanan, seterusnya lihat ia berfungsi untuk capai target anda!

Contohnya, anda memerlukan RM500 untuk bercuti bersama keluarga. Anda boleh set RM100 / bulan dan akan capai target simpanan dalam masa 5 bulan.

 

Simpanan & Pelaburan

Bahagian ini juga penting tetapi sering dilupakan. Duit diperlukan untuk kelangsungan hidup, bukan hanya sekarang tetapi juga untuk masa depan. Pandemik Covid-19 telah memberikan kesedaran kepada kita bahawa pentingnya tabung kecemasan. Supaya anda ada kusyen keselamatan kewangan pada masa hadapan.

Dengan Raiz, anda boleh membuat Auto-labur dengan set pelaburan berkala. Dari skrin utama, klik Labur > Auto-labur. Hanya pilih jumlah dan kekerapan (setiap hari, mingguan atau bulanan), siap!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).