Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Dengan pembubaran Parlimen secara rasmi, ini membuka jalan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dinanti-nantikan. Semua mata kini tertumpu kepada Bursa Malaysia.
- Sesetengah penganalisis menjangkakan reaksi negatif daripada pasaran dalam jangka pendek – mungkin minggu ini – tetapi berkata pembubaran Parlimen semalam adalah baik untuk menghapuskan ketidaktentuan politik yang dialami pelabur.
- Walaupun ketidaktentuan politik ini boleh berterusan sekurang-kurangnya sehingga pilihan raya selesai, ini mungkin peluang untuk melihat saham yang dinilai rendah dalam sektor seperti pembinaan, minyak & gas, perladangan, hartanah dan pengangkutan.
- Ketegangan geopolitik memburukkan lagi ketidakpastian pasaran ketika pelabur menunggu untuk melihat bagaimana Rusia bakal bertindak balas terhadap letupan yang melanda satu-satunya jambatan dari Rusia ke Crimea di selatan Ukraine.
- Rusia telah menggunakan jambatan itu untuk mengangkut peralatan ketenteraan dan orang dari Rusia ke medan perang di selatan Ukraine.
- Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
AS adalah pengguna terbesar minyak & gas. Ke-2 ialah China.
Arab Saudi adalah pengeksport terbesar minyak & gas.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).