Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:
- Belanjawan 2022 = RM332.1 bilion. Rekod tertinggi.
- Ia hampir 3% lebih tinggi daripada RM322.5 bilion untuk Belanjawan 2021.
- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia, FBM KLCI ditutup 31. 4 mata (atau 2.0%) lebih rendah kepada 1,530.9 semalam berikutan berita Belanjawan 2022.
- Antara kandungan belanjawan ini termasuk kenaikan duti setem untuk urus niaga saham dan cukai khas “Cukai Makmur” ke atas syarikat yang mempunyai pendapatan bercukai tahunan melenihi RM100 juta.
- Indeks pasaran Amerika Syarikat; memulakan November dengan rekod tertinggi baru.
- Dow: melepasi tahap 36,000 mata buat kali pertama.
- S&P 500: meningkat hampir 0.2% kepada 4,613.7 mata, paras tertinggi sepanjang masa.
- Nasdaq: indeks berasaskan teknologi ini naik 0.6% kepada 15,595.9 mata dan juga mencecah rekod tertinggi baru.
- Musim pendapatan korporat AS terus menyokong pasaran ke paras lebih tinggi. Kira-kira separuh daripada syarikat S&P 500 telah melaporkan keputusan suku tahunan setakat ini; 80% melebihi jangkaan.
- Elon Musk telah menjadi orang terkaya dalam sejarah – Forbes.
- Nilai bersihnya telah melepasi AS$300 bilion.
- Musk menambah kekayaannya tahun ini disebabkan oleh prestasi kukuh saham Tesla, serta penjualan saham syarikat SpaceX baru-baru ini yang telah menilai SpaceX melebihi AS$100 bilion.
Anda tahu?
Nilai bersih Elon Musk adalah lebih banyak daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Pakistan – negara yang mempunyai 220 juta rakyat.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).