TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini. (minggu berakhir 08/11/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

TIGA perkara yang anda perlu tahu – minggu ini;

1. Inflasi global mungkin sedang berada di puncak pada kitaran semasa – Pengarah Urusan International Monetary Fund (IMF), Kristalina Georgieva. Ini mungkin menunjukkan bahawa lonjakan harga pengguna ini bakal memasuki kitaran seterusnya, iaitu menurun.

2. Proton mencatatkan jumlah jualan tertinggi sebanyak 115,366 unit dalam tempoh Januari hingga Oktober 2022, melebihi 114,708 unit yang dijual bagi keseluruhan 2021, dirangsang oleh kejayaan pasaran tempatan dan bahagian eksportnya.

3. Twitter memecat lebih daripada 90% kakitangannya di India hujung minggu lepas – dalam rancangan untuk mengurangkan kakitangannya di seluruh dunia oleh pemilik barunya, Elon Musk. Di peringkat global, ia telah mengurangkan jumlah pekerjanya kira-kira separuh atau kira-kira 3,700 pekerja. Elon Musk telah mengambil alih Twitter tetapi mengatakan yang beliau terlebih bayar, dan sekarang rancak untuk mengurangkan perbelanjaan oleh syarikat gergasi media sosial itu.

4. Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Mamee bermula di Melaka pada 1971, diasaskan oleh Datuk Pang Chin Hin. Mamee sekarang mempunyai lebih 50 produk seperti mi segera, Mamee Monster, Mister Potato dan Double Decker.

Datuk Pang Chin Hin telah meninggal dunia minggu lepas pada umur 96 tahun.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).