Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
Harga minyak mencecah paras tertinggi dalam tempoh 10 bulan dan hampir mencecah AS$95 setong terutamanya didorong oleh sekatan bekalan daripada negara OPEC+ seperti Arab Saudi dan Rusia.
- Momentum minat pelabur terhadap saham minyak dan gas (O&G) berterusan berikutan kenaikan harga ini. Trend ini mungkin akan berterusan lagi sehingga akhir tahun ini memandangkan sentimen kenaikan harga minyak mentah bakal berterusan dengan kemungkinan harga minyak mentah mencecah AS$100 setong menjelang bulan-bulan yang mendatang.
Satu isi rumah yang terdiri daripada pasangan yang mempunyai dua orang anak memerlukan sekurang-kurangnya S$6,693 untuk mendapatkan taraf hidup asas di Singapura – menurut laporan MIS 2023.
- Sebagai perbandingan, kos sara hidup diperlukan bagi pasangan yang mempunyai dua orang anak di Malaysia ialah RM6,500.
Malaysia catat pelaburan RM132.6 bilion pada separuh pertama tahun 2023 – 60% daripada sasaran tahun penuhnya.
- 47% daripadanya adalah daripada pelaburan langsung asing (FDI) dengan tiga pelaburan teratas adalah dari Singapura dengan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM13.7 bilion, diikuti Jepun (RM9.1 bilion) dan Belanda (RM9 bilion).
Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu? Edisi MERDEKA
50 Sen
Malaysia mempunyai sejumlah tiga siri syiling.
Latar belakang 50 Sen mempunyai garis halus yang merupakan komponen keselamatan yang penting. Seperti yang dapat dilihat dalam gambar, imej tersembunyi denominasi 50 Sen dapat dilihat apabila syiling dicondongkan sedikit.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).