TIGA perkara yang anda perlu tahu minggu ini (minggu berakhir 12/09/2023)

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

Saham Apple jatuh lebih 6% minggu lepas selepas China menyekat pegawai kerajaannya daripada menggunakan iPhone.

  • China adalah pasaran ketiga terbesar Apple, menyumbang 18% daripada jumlah pendapatan tahun lepas.
  • Sahamnya meningkat semula +1.0% pada penutupan semalam.

 

Saham Tesla melonjak 10% semalam apabila penganalisis Morgan Stanley menaik taraf pembuat kereta elektrik itu kepada “overweight” melihat kepada potensi pertumbuhan dalam pasarannya kerana Dojo, superkomputer syarikat itu, yang boleh membuka “pasaran baharu”.

 

Pengendali hospital swasta terbesar Australia, Ramsay Health Care Ltd dan konglomerat Malaysia, Sime Darby Bhd telah menyenarai pendek calon pembeli untuk penjualan unit hospital mereka, Ramsay Sime Darby Health Care, yang mampu meraih jualan kira-kira AS$1.5 bilion (RM7.0 bilion)

  • Pemilik Australia dan Malaysia itu memegang kepentingan yang sama dalam Syarikat usahasama itu.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu? Edisi MERDEKA

Mata Wang

Sebelum Ringgit Malaysia (RM) diperkenalkan, terdapat beberapa mata wang yang digunakan di Malaysia. Antaranya adalah wang kertas Estet Constantinople, wang kertas Kerajaan Jepun, duit Pitis Keping Kelantan, Dollar Sarawak, dan Dollar Penang

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).