Sumber tenaga adalah senjata terbesar Rusia. (minggu berakhir 06/09/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Pasaran saham Eropah bergolak apabila Rusia enggan menyambung semula bekalan gas ke Eropah sehingga sekatan yang dikenakan ke atasnya ditarik balik.
    • Minggu lalu, syarikat gas yang dikawal Rusia, Gazprom, menutup saluran paip gas “Nord Stream 1” – tidak diketahui sehingga bila.
    • Pasaran saham Eropah ditutup merah pada Isnin memandangkan penutupan saluran paip gas itu bakal memburukkan lagi krisis tenaga.
    • Di London, FTSE 100 merosot 0.5%, CAC Perancis jatuh 1.2% dan DAX jatuh 2.2% di Jerman.
    • Nampaknya, sumber tenaga adalah senjata besar Rusia dalam perangnya yang berterusan dengan Ukraine.
  • Liz Truss akan menjadi Perdana Menteri UK yang seterusnya.
    • Truss bakal mewarisi beberapa masalah daripada PM terdahulu, Boris Johnson, termasuk inflasi pada tahap tertinggi selama beberapa dekad, bil tenaga yang meningkat di luar kawalan, Brexit dan perang di Ukraine.
  • Pasaran saham AS ditutup semalam sempena cuti Hari Pekerja.
  • Capital A Bhd (sebelum ini dikenali sebagai AirAsia Group Bhd) sedang meneruskan rancangan untuk penyenaraian AirAsia Aviation Group Ltd di Bursa Saham New York.
    • AirAsia Aviation terdiri daripada AirAsia Malaysia, AirAsia Philippines, AirAsia Thailand dan AirAsia Indonesia.
  • Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik.

 

Anda tahu?

China adalah rakan dagangan terbesar Malaysia sejak 13 tahun lepas, dengan nilai dagangan dua hala mencecah rekod tertinggi AS$176.8 bilion pada tahun 2021.

Singapura pula adalah yang kedua.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).