Sudah 2 tahun berlalu… (minggu berakhir 08/03/2022)

Click here for English

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Dikala kita memasuki bulan Mac, mari kita berfikir sejenak yang kita telah 2 tahun hidup bersama Covid-19 sejak ianya diisytiharkan sebagai pandemik…
    • Tetapi pelabur kini telah pun tidak begitu memikirkan tentangnya, dan sekarang memberi lebih tumpuan kepada tajuk utama lain; perang di Ukraine — dan inflasi.
  • Pada penutup 5 petang semalam, KLCI turun 31.38 mata atau 1.96% kepada 1,572. Di negara lain;
    • Nikkei 225 Jepun telah menjunam sebanyak 2.94%.
    • Kospi Korea Selatan ditutup 2.29%.
    • Indeks Komposit Shanghai China turun sebanyak 2.17%.
    • Hang Seng Hong Kong jatuh 3.87%.
    • S&P 500 AS jatuh 2.95% – paling teruk sejak Okt 2020.
  • Emas meningkat ke tahap tertinggi sejak Ogos 2020
    • Ia melepasi paras USD 2,000 apabila permintaan meningkat untuk aset yang selamat dan berisiko rendah ini.

 

Tahukah Anda?

Aset Pelaburan Selamat

Aset pelaburan selamat atau “safe-haven assets” (contohnya emas dan bon / sukuk) boleh digunakan untuk menghadkan pendedahan kepada impak negatif – terutama ketika kejatuhan pasaran saham.

Aset selamat ini biasanya akan mengatasi aset pelaburan lain, seperti saham, ketika ini.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).