Statistik Pelaburan Menarik – Pahit Tapi Benar!

Click here for English

 

Berikut adalah beberapa statistik pelaburan menarik untuk anda:

  • Strategi pelaburan mudah mengalahkan strategi yang kompleks.

Pengajaran: Strategi pelaburan mudah juga berkesan. Jangan terpengaruh dengan strategi yang kompleks – kerana ia adalah kompleks!

 

  • Jika anda belum mula menabung sehingga umur 45, anda perlu menyimpan tiga kali ganda lebih banyak berbanding jika anda bermula pada umur 25.

Pengajaran: Jangan berlengah, mula sekarang!

 

  • Pelabur bilionair Warren Buffett telah mengakui bahawa pelaburannya dalam Tesco adalah salah satu kerugian terbesar dalam sejarah pelaburannya.

Pengajaran: Pelabur terbaik di dunia juga mengalami kerugian besar, apatah lagi kita.

 

  • Kejatuhan pasaran saham tidak dapat dielakkan.

Pengajaran: Kejatuhan adalah ciri pasaran saham, bukan suatu ralat. Tetapi kita masih boleh menghadapinya dengan baik dalam jangka masa panjang, terutamanya dengan menggunakan teknik Purata Kos Ringgit.

 

  • 6.1 juta ahli KWSP kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka – di mana 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000…

Pengajaran: Mula merancang dengan serius untuk persaraan anda.

 

  • Jika anda hanya menyimpan wang anda dalam akaun simpanan bank, secara teknikal anda kehilangan nilainya kepada inflasi. RM150,000, 30 tahun dahulu boleh membeli sebuah rumah teres dua tingkat, tetapi hampir mustahil untuk menjumpai rumah sekarang dengan harga itu.

Pengajaran: Simpan dan laburkan wang anda!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).