09-03-2023
1) Tiga portfolio Raiz terdiri daripada 3 dana-dana ASNB;

2) Bilakah pengagihan pendapatan akan diumumkan?
Anda perlu memahami yang dividen, jika anda, hanya akan diumumkan oleh ASNB atas budi bicara, pada bila-bila masa tanpa pengumuman awal. Biasanya, ia diumumkan pada tahun kewangan berakhir untuk setiap dana.
Untuk ketiga-tiga dana di atas yang digunakan Raiz untuk melabur, ia mungkin diumumkan pada 31 Mac 2023.
3) Berapa jumlah pengagihan pendapatan yang akan dibuat?
Anda hanya akan tahu setelah ia diumumkan pada 31 Mac 2022.
4) Berapa banyak yang akan saya dapat? Bagaimana pengiraannya? Adakah ia dikira secara prorata?
Pengiraan pengagihan pendapatan dibuat berdasarkan jumlah unit yang anda miliki dalam rekod kami pada 31 Mac 2023, tanpa mengira bila anda melabur. Ianya juga bukan secara prorata.
Dividen yang diagihkan oleh ketiga-tiga dana tersebut akan dimasukkan ke dalam akaun Raiz anda secara automatik pada 1 Apr 2023, dan kemudiannya dilaburkan semula mengikut portfolio pelaburan anda.
Contoh;
- Anggap;
- Portfolio Raiz anda ialah Agressive (80% dilaburkan di dalam dana ASN Equity 3 & 20% ASN Sara 1); dan
- Anda memiliki 800 unit dana ASN Equity 3 & 200 unit ASN Sara 1.
- ASNB mengisytiharkan dividen 3 sen seunit untuk dana ASN Equity 3 & 2 sen seunit untuk ASN Sara 1
- Dividen anda adalah sebanyak RM28.00;
- ASNe3 = 800 units x 3 sen= RM24.00; dan
- ASNs1 = 200 units x 2 sen= RM4.00
- Dividen RM28.00 tersebut kemudian akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda mengikut portfolio pelaburan anda.
5) Bilakah tempoh penangguhan? Bagaimana akaun Raiz saya akan terkesan?
Tempoh penangguhan urusniaga adalah pada 29 – 31 Mac 2023 (Rabu-Jumaat). Kesemua transaksi – deposit, pengeluaran dan pertukaran portfolio akan terkesan dan tertangguh. Proses hanya akan bersambung pada 3 Apr 2023 (Isnin).
Hari terakhir untuk membuat pengeluaran seperti biasa adalah pada 27 Mac 2023 (Isnin) sebelum ianya tertangguh.
Hari terakhir untuk membuat pertukaran portfolio seperti biasa adalah pada 23 Mac 2023 sebelum ianya tertangguh.
6) Bilakah hari terakhir deposit ke dalam akaun Raiz boleh lagi dilakukan supaya saya layak mendapat dividen tersebut?
Hari terakhir untuk deposit adalah 27 Mac (Isnin) – supaya kami boleh melaburkan wang anda keesokan harinya (28 Mac, Selasa) sebelum tempoh penangguhan bermula pada 29 – 31 Mac 2023 (Rabu-Jumaat).
Anda masih boleh membuat deposit ke akaun Raiz anda seperti biasa semasa tempoh penangguhan ini (29 – 31 Mac 2023), tetapi ia hanya akan dilaburkan pada 3 April 2023 (Isnin).
HARAP MAKLUM;
- Ini bukan dana modal terjamin atau modal terlindung. Harga unit boleh naik dan turun.
- Prestasi lepas dana bukanlah satu petunjuk prestasi masa depannya.
- Apabila dividen diumumkan, berikutan daripada agihan itu, harga seunit akan direndahkan untuk mengambil kira dividen yang telah diagihkan. Nilai pelaburan anda akan kekal tidak berubah selepas pengagihan dividen ini. Begitu juga apabila pecahan unit diumumkan, nilai pelaburan anda akan kekal tidak berubah selepas pengagihan unit-unit tambahan itu.
Tiada applikasi Raiz lagi?
Muat turun sekarang:

Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).