raiz invest logo
Sektor Pembinaan Di Malaysia Sedang… boom!

Click here for English

Sektor pembinaan di Malaysia sedang mengalami ledakan didorong oleh limpahan kontrak pusat data (Data Centre) dan inisiatif kerajaan untuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) – The Edge.

  • Kenaikan dalam saham pembinaan telah mendorong Indeks Pembinaan Bursa Malaysia ke paras tertinggi dalam tempoh enam tahun. Indeks ini telah merekodkan kenaikan 37.7% sejak awal tahun ini.

  • Penganalisis mengaitkan pertumbuhan ini terutamanya kepada projek-projek yang dianugerahkan untuk pusat data, peningkatan urus niaga tanah dan pengembangan infrastruktur seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, dan Transit Aliran Ringan Pulau Pinang. Antara syarikat yang mendapat manfaat daripada kontrak ini termasuk Gamuda Bhd dan Sunway Construction Group Bhd.

  • Penganalisis telah menunjukkan keyakinan untuk pertumbuhan yang berterusan, didorong oleh lebih banyak anugerah kontrak dan sentimen pelabur yang positif.

Salah satu contoh ialah pemaju hartanah, Sime Darby Property Bhd, yang berada pada kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada aliran masuk pelaburan berkaitan teknologi di Malaysia – The Star.

  • Syarikat itu mempunyai sejumlah besar tanah dan kedudukan kewangan yang kukuh, dan berpotensi terus kukuh daripada pengumuman Google baru-baru ini mengenai pelaburan bernilai AS$2 bilion di Malaysia, termasuk RM1.74 bilion untuk pusat data pertamanya di Sime Darby Property Elmina Business Park (EBP) di Selangor.

  • Pelaburan pusat data itu dijangka meningkatkan jumlah aset di bawah pengurusan Sime Darby Property daripada RM4.4 bilion pada masa ini kepada sekitar RM6 bilion ke RM7 bilion menjelang 2026. Pada ketika itu, ia mungkin dapat menghasilkan RM120 juta hingga RM130 juta dalam jumlah pendapatan operasi.

  • Di samping pusat data baharu, gergasi teknologi itu juga akan menjadikan Malaysia sebagai salah satu wilayah Google Cloud.

Sementara itu, pengeluaran daripada Akaun 3 baharu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak akan menjejaskan strategi pelaburan tabung persaraan itu – Ketua Pegawai Eksekutif, Ahmad Zulqarnain Onn.

  • KWSP menjangkakan pengeluaran daripada Akaun 3 mencecah RM25 bilion tahun ini, dan RM5 bilion setahun untuk tahun tahun berikutnya. Ini boleh diuruskan berdasarkan aset KWSP berjumlah RM1.23 trilion. Tidak seperti pengeluaran COVID-19 yang tidak dijangka, pengeluaran ini dirancang dan dikawal, membolehkan pengurus dana KWSP menguruskan kecairan.

  • Sejak Akaun 3 diperkenalkan bulan lalu, sebanyak RM5.52 bilion pengeluaran daripada Akaun 3 dan RM8.78 bilion pindahan daripada Akaun 2 ke Akaun 3 telah diluluskan.

INGAT!

Berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).


Muat turun aplikasi Raiz!

Klik untuk muat turun aplikasi Raiz


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).