Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:
- Info pantas tentang varian Omicron
- Kami melihat pasaran bertindak balas dengan sangat ketara – penurunan dan melantun kembali hanya dalam masa beberapa hari. Pada ketika ini, kami masih menunggu maklumat lanjut tentang varian ini, tetapi selamat untuk mengatakan bahawa kami memihak kepada ekonomi dengan kadar vaksinasi yang lebih tinggi dan tidak “lockdown” dengan mudah. Atas sebab ini, kami percaya pelabur harus terus memberi tumpuan kepada kualiti (kekuatan kunci kira-kira / pengalaman pihak pengurusan) untuk mengharungi sebarang ribut turun naik yang mendatang. Ini sejajar dengan falsafah pelaburan dana kami – Aberdeen Standard Islamic World Equity Fund, Portfolio Bolehubah Raiz.
- Untuk tahun 2022, kami bersemangat dan bulis (“bullish”) terhadap prospek pertumbuhan ekonomi negara.
- Perdagangan dan pelaburan terus merekodkan pemulihan. Secara keseluruhan, kita melihat pertumbuhan ekonomi domestik yang berterusan, dan pelancongan domestik berkembang pesat. Kami menjangkakan peningkatan semula tahun depan dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan pertanian. Minyak & gas juga dilihat lebih baik dalam beberapa bulan terakhir ini – Kerajaan.
- Kadar inflasi China telah melangkau tahap 2% tahun ini, meningkat lebih tinggi kepada 2.3% tahun-ke-tahun pada Nov-21 berbanding 1.5% pada Okt-21.
- Penyedia penyelesaian kejuruteraan, Serba Dinamik Holdings Bhd melalui anak syarikat milik penuh tidak langsungnya, SD International dilaporkan telah gagal membayar kupon setengah tahunannya sebanyak AS$7 juta (kira-kira RM29.53 juta) untuk bon Islamiknya (atau sukuk) yang diterbitkan oleh SD International, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).
Definisi Minggu Ini: Bon
Apabila anda melabur dalam bon, anda sebenarnya meminjamkan wang kepada syarikat yang mengeluarkan bon tersebut. Anda akan mendapat bayaran faedah, yang dipanggil kupon, yang dibayar secara berkala. Jika anda memegang bon itu sehingga matang, anda akan mendapat kembali wang yang anda laburkan.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).