SATU perkara yang anda perlu tahu minggu ini – untuk tahun depan (minggu berakhir 20/12/2022).

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

SATU perkara yang anda perlu tahu minggu ini – untuk tahun depan.

  • Satu tahun yang agak huru-hara akan berakhir. Adakah 2023 akan menjadi satu lagi tahun ketidakstabilan geopolitik yang bakal memberi kesan kepada pasaran? Atau adakah tahun depan akan membawa sedikit kestabilan?

 

Tiga isu utama yang bakal memainkan peranan utama – inflasi & bank pusat, Rusia vs Ukraine, dan kesan berterusan COVID – terutamanya di China.

  1. Inflasi tinggi: Kadar faedah telah meningkat dengan ketara sepanjang tahun ini – kerana tindak balas bank pusat terhadap inflasi yang tinggi. Kadar pinjaman adalah lebih tinggi berbanding setahun yang lalu. Kesan kenaikan kadar faedah ini dapat dilihat pada tingkah laku pengguna, pelan pelaburan syarikat dan harga aset.
  2. Rusia vs Ukraine: Perang ini juga kekal sebagai jalan cerita utama bagi ekonomi global. Bekalan gas asli Rusia yang terhad akan mewujudkan krisis tenaga di Eropah. Krisis ini boleh menyebabkan beberapa ekonomi Eropah mengalami kemelesetan, dan itu akan memberi implikasi besar bukan sahaja kepada ekonomi tersebut, tetapi juga untuk rakan dagangan mereka.
  3. COVID dan China: Covid masih lagi relevan – dalam konteks China. Jika China berjaya membuka semula ekonominya, ia bakal mengurangkan gangguan rantaian bekalan global dan berpotensi mengatasi kesan inflasi tetapi juga boleh menaikkan harga komoditi dan tenaga. China, yang ekonominya bernilai AS$17 trillion, akan memberi tumpuan untuk menstabilkan ekonominya pada 2023.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Ekonomi Terbesar

5 negara ekonomi terbesar dunia adalah – AS, China, Jepun, Jerman dan UK.

Sumber: World Bank

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).