Saham semikonduktor mendapat rangsangan minggu ini (minggu berakhir 23/01/2024)

Click here for English

Ya! Kami berhasrat untuk berkongsi dengan anda beberapa info tentang Pelaburan dan Ekonomi dalam bahasa yang sangat mudah.

Inilah yang perlu anda ketahui minggu ini:

Saham semikonduktor mendapat rangsangan minggu ini daripada ramalan Taiwan Semiconductor Manufacturing Co (TSMC).
Apa ramalannya?
Pembuat cip utama kepada Apple Inc. dan Nvidia itu memperuntukkan perbelanjaan perniagaannya sebanyak AS$28 bilion hingga AS$32 bilion dan menjangkakan pendapatannya boleh meningkat sebanyak 26% tahun ini.
  • Ini memberikan keyakinan pasaran yang sangat dinantikan untuk pelabur.

 

Apa kesannya?
Pada minggu lepas, TSMC, pembuat cip paling berharga di dunia itu mengalami kenaikan harga sahamya lebih daripada 6% dalam pasaran saham Taipei, sekaligus mencatatkan kenaikan terbesarnya dalam hampir setahun.
  • Pembekal-pembekal utamanya, Tokyo Electron dan Advantest Corp juga memperoleh kenaikan lebih daripada 5% di pasaran saham Tokyo. ASML Holding meningkat lebih daripada 3% di Amerika Syarikat (AS).
  • Pelanggan utama cip AI syarikat tersebut, Advanced Micro Devices telah mencapai rekod harga tertinggu dan kesannya melimpah ke atas saham teknologi AS yang lain termasuk Nvidia.
  • TSMC telah menyebabkan aliran kenaikan harga saham syarikat-syarikat semikonduktor, dari AS ke Asia, kira-kira sebanyak AS$165 bilion berdasarkan pengiraan Bloomberg.

 

Sementara itu, S&P 500 AS mencatatkan satu lagi rekod tertinggi – ditutup pada 4,850 mata semalam akibat kenaikan saham syarikat-syarikat teknologi yang didorong oleh harapan AI akan terus menggerakkan pasaran dengan lebih tinggi. Penanda aras itu dijangka kekal di atas 4,800 untuk tempoh yang lama.
  • FBM KLCI Bursa Malaysia juga terus naik dan berakhir lebih tinggi semalam. Indeks Teknologinya naik 0.3% kepada 63.43 mata berikutan kenaikan saham teknologi.

 

INGAT empat perkara ini:

  1. Melabur bukan satu perjudian – jika anda tahu apa yang anda lakukan.
  2. Jangan biarkan emosi mengawal anda.
  3. Melabur merupakan sebuah marathon, bukan pecutan. Fokus pada jangka panjang.
  4. Setiap kemerosotan pasaran dalam sejarah, telah berakhir dengan peningkatan.

 

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

Anda boleh membeli saham semikonduktor dengan Raiz melalui Nomura Global Shariah Semiconductor Equity Fund dalam Portfolio Bolehubah!

Dana Semikonduktor tersebut mempunyai pegangan tertinggi dalam TSMC, Nvidia dan Advanced Micro Devices.

Untuk menambah dana Semikonduktor dalam Portfolio Bolehubah anda: Buka aplikasi Raiz > Utama > Labur > Portfolio > Custom (paling kanan) > Kemas Kini Portfolio.

 


 

Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).