Bagi kebanyakan orang, pelaburan selalunya bercampur-baur dengan emosi. Apabila pasaran naik, perasaan teruja akan datang. Apabila pasaran turun, mudah untuk berasa kecewa.
Tiada manfaat untuk beremosi semasa melabur. Sekiranya pelaburan menurun, itu tidak semestinya bermakna berita buruk. Malah, ianya memberi peluang untuk membeli lebih banyak aset dengan harga yang lebih rendah.
Ini seiring dengan strategi klasik pelaburan ‘beli rendah, jual tinggi’.
Strategi ini mungkin tidak akan berjaya sekiranya anda melabur berlandaskan emosi. Oleh itu, sangat penting untuk mengawal emosi semasa melabur. Apabila pasaran merudum – dan ianya memang akan berlaku – ini mungkin masa terbaik untuk mempertimbangkan membeli tambahan aset daripada menjualnya secara panik.
Sekiranya satu-satunya tindak-balas anda terhadap kejatuhan pasaran adalah ‘jual, jual, jual’, ada baiknya anda tidak menyertai pasaran saham.
Dalam jangka masa panjang, pasaran akan meningkat pulih semula (ya, ianya akan naik kerana ianya sebuah ‘roller-coaster’!). Bagaimanapun, risikonya adalah masa yang lama untuk pulih, dan anda mungkin terpaksa menjualnya sebelum ia sempat pulih.
Aplikasi Raiz membolehkan anda melabur secara automatik dan berkala. Ia sangat berguna untuk memastikan anda melabur tanpa mengikut perasaan, dan pada yang yang sama membolehkan anda melabur menggunakan Purata Kos Ringgit.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).