Ringgit yang lemah ada kekuatannya (minggu berakhir 18/10/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Ringgit meneruskan aliran menurun berbanding dolar AS hari ini, menghampiri paras terendah sepanjang masa iaitu 4.725 (1 USD = RM4.725) yang dicatatkan pada 7 Jan 1998 berikutan dolar AS yang mengukuh.
    • Apabila Ringgit jatuh, ia mempunyai kesan yang berbeza kepada sektor yang berbeza. Ringgit yang lemah berbanding mata wang negara perdagangan kita biasanya akan menyebabkan import yang lebih mahal untuk rakyat Malaysia, dan eksport yang lebih murah ke negara-negara asing.
    • Sektor sarung tangan dan perladangan dilihat sebagai pemenang apabila mata wang tempatan menyusut berikutan permintaan dari luar negara dijangka meningkat.
  • Sunview Group Bhd membuat kemunculan di Bursa Malaysia semalam pada 59.5 sen, premium 105.1% daripada harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 29 sen.
    • Penyenaraian penyedia perkhidmatan tenaga bersih itu berjaya mengumpul RM34.22 juta menerusi terbitan 118 juta saham baharu (118,000,000 saham x 29 sen = RM34.22 juta).
  • Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merancang untuk membenarkan pasaran dana borong mendapat pendedahan kepada aset alternatif, seperti aset digital.
    • Dana borong adalah skim unit amanah yang biasanya dibeli oleh pelabur sofistikated, contohnya individu dan syarikat bernilai tinggi.
  • Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 

Anda tahu?

47% rakyat Malaysia sukar menyediakan RM1,000 sebagai dana kecemasan!

Sumber: Tinjauan Kestabilan Kewangan – Separuh Pertama Tahun 2022, Bank Negara

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).