Akan tiba satu masa dimana kita akan bersara dan akan bergantung kepada wang tabungan yang ada.
Tahniah jika anda pesara kerajaan, anda menerima pencen bulanan. Untuk pekerja sendiri atau swasta, kita akan bergantung sepenuhnya kepada wang tabungan kita di KWSP atau tabungan sendiri.
- Bilakah anda akan bersara?
Antara aspek yang anda perlu tahu ialah jangka masa pelaburan (investment horizon) anda. Jika anda bermula pada umur 25 tahun dan nakkan hasil pelaburan pada umur 65 tahun, jangka masa pelaburan anda ialah 40 tahun.
Mula lagi awal, lagi bagus kerana anda akan dapat memanfaatkan kuasa kompaun (compounding effect). Graf di bawah menunjukkan unjuran hasil pelaburan sebanyak RM125 sebulan pada keuntungan 5% setahun – jauh lebih banyak jika anda bermula lebih awal!
- Berapa wang yang anda akan berbelanja nanti?
Gaya hidup dan keperluan semasa bersara bakal berubah. Apabila bersara, ada perkara yang anda tidak perlu lagi berbelanja seperti pengangkutan ke tempat kerja (minyak, tol, dll.), tetapi anda mungkin suka menghabiskan masa dengan melancong yang akan menggunakan banyak wang. Harus juga diingat, anda mungkin perlu melunaskan hutang-hutang tertunggak seperti pinjaman rumah dan kereta.
Jadi, lihat semula simpanan anda. Cukup atau tidak? Tepuk dada, tanya selera.
Perlu ingat juga faktor inflasi yang boleh menyebabkan harga barang naik pada 20-30 tahun akan datang.
- Automatikkan simpanan persaraan anda.
Kita manusia biasa, kekadang terlupa. Lagi-lagi untuk menabung perlukan disiplin secara konsisten. Untuk memudahkan, anda boleh automatikkan deposit simpanan ke dalam tabung persaraan anda.
Jika anda sudah mencarum KWSP, tahniah untuk anda. Jika anda mahu lebih lagi tabungan persaraan secara automatik, anda boleh set di dalam aplikasi Raiz.
- Tekan di sini untuk buka fungsi Auto-Labur.
- Set nama (contoh: Persaraan) dan target simpanan.
- Set jumlah dan kekerapan pelaburan.
Hidup akan lebih teratur dan lebih tenang jika kita ada tabung persaraan untuk kita mencapai sasaran.
Kita juga tidak perlu bergantung pada anak-anak atau saudara mara nanti. Ingat, anak-anak bukan tabung persaraan kita!
Jom bina tabung anda!
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).