Raiz Rewards: Azam tahun baru? Mari mulakan hidup yang sihat, fizikal dan kewangan!

Click here for English

5-12-2021

Berbelanja dengan jenama sukan kegemaran anda dan labur pada masa yang sama!

 

Sedang kita menghampiri tahun baru 2022, mari kita fikirkan apa yang patut dilakukan tahun depan!

Mengurangkan berat badan atau ingin menjadi lebih aktif adalah salah satu resolusi Tahun Baru yang paling popular. Tidak kira di mana anda berada di dunia ini, semua orang mahu menjadi versi diri mereka yang lebih sihat. Walaupun kesihatan fizikal sangat penting, kesihatan kewangan anda juga jangan dilupakan!

Raiz terus membantu anda untuk lebih sihat kewangan dengan ciri kami yang baru dilancarkan, Raiz Rewards! Apabila anda membeli-belah dengan rakan jenama kami melalui Raiz, anda akan menerima ganjaran tunai, yang akan dilaburkan kembali ke dalam Akaun Pelaburan Raiz anda. Jadi, sambil anda membeli-belah, anda juga melabur! Bak kata pepatah “Sambil menyelam, minum air”!
Hanya klik pada “Shop Online Here” melalui Raiz Rewards, anda akan dalam perjalanan untuk menerima ganjaran tunai yang dilaburkan kembali ke dalam akaun Raiz anda.

*Tertakluk kepada Terma &Syarat.

Lihat rakan jenama sukan kami di bawah!

 

Sports Direct

(+ Sehingga 2.45% bakal dilaburkan)

Sports Direct ialah pembekal alatan sukan #No1 UK membawakan anda jenama terbesar pada harga yang rendah sepanjang tahun! Dengan kedai di seluruh Malaysia dan katalog dalam talian, anda pasti akan menemui peralatan sukan yang anda cari!

Beli dalam talian sekarang di Sports Direct melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat sehingga 2.45% daripada pembelian anda yang akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

JD Sports

(+ Sehingga 3.43% bakal dilaburkan)

JD Sports ialah pembekal fesyen kasut dan sukan terkemuka. Dengan banyak reka bentuk edisi terhad dan eksklusif daripada adidas Originals dan Nike.

Beli dalam talian sekarang dengan JD Sports melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat sehingga 3.43% daripada jumlah pembelian anda yang akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Skechers


(+4.2% bakal dilaburkan)

Skechers mereka bentuk dan membangunkan produk gaya hidup dan prestasi yang terkenal dengan gaya, inovasi, kualiti dan keselesaan.

Beli-belah dalam talian sekarang dengan Skechers melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 4.2% daripada jumlah pembelian anda akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Decathlon


(+ Sehingga 2.45% bakal dilaburkan)

Decathlon ialah pembekal peralatan sukan No. 1 Dunia yang terdapat di 57 negara (1000 kedai). Dengan 5000+ produk sukan – lebih daripada 60 kategori sukan, Decathlon menawarkan peralatan dan pakaian sukan dengan kualiti yang berpatutan.

Beli-belah dalam talian sekarang dengan Decathlon melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat sehingga 2.45% daripada jumlah tempahan anda yang akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Puma

(+2.94% bakal dilaburkan)

PUMA ialah salah satu daripada jenama sukan terkemuka dunia yang mendorong prestasi dan produk berinspirasikan sukan untuk atlet.

Beli dalam talian sekarang dengan Puma melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 2.94% daripada jumlah pembelian anda akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

PTT outdoor


(+7% bakal dilaburkan)

PTT Outdoor menyediakan alatan perkhemah yang berpatutan namun berkualiti premium. Rehatkan minda anda untuk pengembaraan luar.

Beli dalam talian sekarang dengan PTT Outdoor melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 7% daripada jumlah pembelian anda akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Lululemon


(+4.9% bakal dilaburkan)

Lululemon ialah syarikat pakaian sukan yang diilhamkan oleh gaya hidup sihat untuk lelaki dan wanita. Reka bentuk produk inovatif untuk yoga, berlari, latihan dan kebanyakan aktiviti lain.

Beli dalam talian sekarang dengan Lululemon melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 4.9% daripada jumlah pembelian anda dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Nike

(+7.4% bakal dilaburkan)

Nike ialah pembekal dan pengeluar kasut sukan, pakaian dan peralatan sukan lain yang terbesar di dunia.

Beli dalam talian sekarang dengan Nike melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 7.4% daripada jumlah pembelian anda akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

 

Adidas


(+ 2.04% bakal dilaburkan)

Adidas mencipta kasut sukan baharu, fesyen dan aksesori yang direka untuk membantu orang ramai bersukan.

Beli dalam talian sekarang dengan Adidas melalui Raiz Rewards dan anda akan mendapat 2.04% daripada jumlah pembelian anda yang akan dilaburkan semula ke dalam akaun Raiz anda!

Berbelanja sekarang & teruskan melabur pada masa yang sama! Selamat Tahun Baru dan Kekal Sihat!

Raiz Rewards
Ingin tahu lebih lanjut?

Baca Soalan Lazim di sini.

 


 

Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).