Raiz Kids: Melabur untuk Masa Depan Si Kecil Anda!

Click here for English

Raiz Kids adalah kaedah mudah untuk menyimpan & melabur untuk si kecil anda.

Kami memahami bahawa kehidupan menjadi sibuk dan tidak teratur dengan si kecil. Bagi ibu bapa mahupun datuk nenek dalam komuniti Raiz kami, kami tahu bahawa tidak mudah untuk mula dan mengurus dana simpanan untuk mereka.

 

Apakah itu Raiz Kids?

Raiz Kids adalah cara mudah untuk menyimpan dan melabur untuk si kecil anda yang berumur di bawah 18 tahun. Raiz Kids bukanlah akaun yang berasingan. Ianya adalah sebahagian daripada akaun Raiz anda sebagai sub-akaun baru.

Sama seperti akaun Raiz anda, anda boleh menyimpan & melabur menggunakan duit baki harian anda, set pelaburan berkala harian, mingguan, bulanan, ataupun melabur sekaligus ke dalam akaun Raiz Kids anda.

 

Bagaimana Raiz Kids berfungsi?

Melalui akaun Raiz anda yang sedia ada, buka akaun Raiz Kids untuk si kecil anda (hanya set Nama dan Tarik Lahir). Kemudian set peratusan simpanan Raiz Kids anda. Setiap kali anda membuat deposit ke dalam akaun Raiz anda, peratusan ini akan masuk ke dalam akaun Raiz Kids.

Anda boleh membuka lebih dari satu akaun Raiz Kids – kami akan membahagikan simpanan tersebut secara sama rata kepada bilangan “kids” yang telah anda buka mengikut peratusan yang telah anda set kan.

Contohnya, jika anda menetapkan RM100 daripada baki akaun Raiz anda yang berjumlah RM1,000, 10% (RM100/RM1,000) daripadanya akan diletakkan dalam Raiz Kids. Apabila anda membuat deposit RM10, RM1 (10%) akan dimasukkan ke dalam Raiz Kids.

Apabila anak anda mencapai usia 18 tahun, mereka kemudiannya dapat membuka akaun Raiz mereka sendiri. Anda mempunyai pilihan untuk simpanan Raiz Kids yang telah anda buat ini untuk dipindahkan ke dalam akaun mereka. Jika tidak, simpanan ini akan kekal di dalam akaun anda – ia tidak akan dipindahkan tanpa izin anda.

 

Apakah kelebihan menggunakan Raiz Kids?

Melalui Raiz Kids, anda dapat menerapkan falsafah Raiz yang sama iaitu “sikit-sikit, lama-lama jadi bukit”. Lihat ia berkembang untuk si kecil tanpa memberi kesan kepada gaya hidup anda.

Bergantung kepada usia si kecil, anda boleh melihat anggaran matlamat simpanan si kecil apabila mereka mencapai umur 18 tahun.

Perlu diingat, prestasi masa lalu bukanlah petunjuk untuk pulangan masa hadapan. Namun, kami percaya pelaburan secara konsisten,  walaupun dengan amaun yang kecil, adalah salah satu kunci untuk membina simpanan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang.

 

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).