Raiz di Buletin Utama TV3

29-11-2021

22 November 2021, Buletin Utama, TV3.

Raiz muncul di slot berita Buletin Utama, TV3. Dengan tajuk berita, ‘Raiz tawar pelaburan mudah menerusi wang baki pengguna’, Raiz membolehkan orang ramai melabur secara kecil-kecilan dan konsisten dengan hanya menggunakan wang baki perbelanjaan harian mereka.

“Raiz adalah salah satu aplikasi pelaburan mikro. Kami percaya kepada tabiat menyimpan sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Jika kita ingat satu ketika dahulu, tabiat menyimpan duit syiling di dalam tabung? Kami memodenkan konsep tersebut.” – Aidi Izham, Ketua Pegawai Eksekutif Raiz Malaysia.

Ciri automatik pelaburan wang baki ini dikenali sebagai Auto-bundar. Ia berfungsi dengan merekod transaksi penggunaan kad bank anda dan membundarkan transaksi pembelian tersebut kepada Ringgit seterusnya. Contohnya, anda membeli kopi berharga RM3.90. Transaksi ini akan dibundarkan kepada RM4.00, dan 10 sen duit baki yang tersedia itu akan dimasukkan ke akaun pelaburan Raiz anda.

Di slot berita itu juga, Raiz turut mengumumkan pelancaran dua fungsi baru; pertama – “portfolio pelaburan bolehubah” dimana pelabur memiliki lebih kawalan untuk menetapkan portfolio pelaburan sendiri. Portfolio ini juga memberikan lebih pendedahan kepada pasaran saham global.

Kedua – program Raiz Rewards, dimana apabila pelabur membeli-belah dengan rakan-rakan jenama Raiz, pelabur akan juga menerima ganjaran tunai atau ‘cashback’ yang akan dilaburkan terus ke dalam portfolio pelaburan Raiz mereka. Jadi, sambil berbelanja, mereka juga melabur!

Konsep ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan oleh orang ramai. Walaupun aplikasi Raiz dilancarkan pada kemuncak pandemik, Raiz berjaya merekodkan lebih 400,000 muat turun.

“Raiz baik untuk simpanan jangka masa yang panjang, dan pada masa yang sama duit baki kita juga di labur. Bagi saya Raiz is really good.” – Joel Rondidas, pengguna aplikasi Raiz.

Ayuh kita mengajak lebih ramai untuk bersama-sama membina simpanan dan pelaburan dengan berkonsepkan; sikit-sikit, lama-lama jadi bukit!

Dapatkan RM5 bonus untuk setiap kawan anda yang turut mula melabur dengan Raiz:

 

Terma & syarat dikenakan

 

Belum ada aplikasi Raiz? Muat turun sekarang dan mulakan kembara pelaburan anda bersama kami!

 

Muat Turun

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).