Purata Gaji Warganegara Menurun

10-08-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Purata gaji rakyat Malaysia pada 2020 merosot buat kali pertama sejak 2010 – Malay Mail.
    • Ia berada pada aliran menaik sejak 2010 hingga 2019, sebelum jatuh pada tahun 2020.
    • 2010 = RM1,936
    • 2019 = RM3,224
    • 2020 = RM2,933
    • Penurunan ini direkodkan tanpa mengira jantina, etnik, lokasi, tahap pendidikan / kemahiran, dan pada hampir semua industri.
  • Rizab antarabangsa Bank Negara kekal pada US$111.1 bilion pada 30 Julai 2021.
    • Komponen utama rizab antarabangsa tersebut adalah rizab mata wang asing (US$103.2 bilion) dan emas (US$2.2 bilion).
    • Pemegang rizab antarabangsa semasa terbesar di dunia ialah China, dengan lebih US$3 trilion.
  • Di Jepun, jangkitan COVID-19 telah melonjak di seluruh negara – NHK.
    • Bilangan kes baru melebihi 15,700 pada hari Sabtu lepas. Ia adalah rekod baru untuk dalam masa empat hari berturut-turut.
    • Di AS, kes baru harian telah meningkat ke paras tertinggi enam bulan, dengan lebih daripada 100,000 jangkitan dilaporkan di seluruh negara pada 4 Ogos apabila varian Delta menjangkiti Florida dan negeri-negeri lain yang kadar vaksinasinya rendah – Reuters.
  • Bukalapak melambung 25% sebagai IPO terbesar Indonesia – CNA.
    • Ia adalah unicorn teknologi pertama Indonesia yang disenaraikan. Syarikat itu berjaya mengumpul AS$1.5 bilion dalam IPO terbesar di Indonesia, dengan penilaiannya pada US$6 bilion.
    • Penyenaraian syarikat itu muncul disebalik US$40 bilion nilai pasaran e-dagang Indonesia yang mendadak naik apabila semakin banyak pengguna tinggal di rumah dan peralihan lebih banyak penjualan ke dalam talian ketika pandemik ini.

 

Definisi Minggu Ini: Unicorn

Syarikat unicorn merujuk kepada syarikat startup (syarikat permulaan) yang memiliki penilaian keseluruhan melebihi AS$1 bilion.

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).