Prestasi Pegangan Portfolio Raiz – bagi Oktober 2023

Click here for English

28-11-2023

Prestasi portfolio Raiz untuk 12 bulan lepas

(31/10/2022 – 31/10/2023)

Sumber: ASNB, abrdn, UOBAM, AHAM, NAMM.

 

Adakah anda menggunakan Portfolio Bolehubah (Custom Portfolio)?

Prestasi portfolio pelaburan anda hanyalah bersamaan dengan pulangan setiap dana di dalam portfolio itu mengikut peruntukan yang ditetapkan.

Sebagai contoh, anda memperuntukkan;

  1. 20% pelaburan anda dalam dana sukuk; dan
  2. 30% dalam dana ekuiti global islamik; dan
  3. 50% dalam dana emas shariah.

 

Prestasi tahunan dana adalah (anda boleh lihat di atas);

  1. Dana Sukuk: +4.7% vs penanda aras +7.5%
  2. Dana Ekuiti Dunia Islam: +11.7% vs penanda aras +13.1%
  3. Dana Emas Syariah: +20.0% vs penanda aras +22.9%

 

Pulangan portfolio tahunannya ialah [(+4.7% x 20%) + (+11.7% x 30%) + (+20.0% x 50%)] = +14.5%.

Penanda aras tahunannya ialah [(+7.5% x 20%) + (+13.1% x 30%) + (+22.9% x 50%)] = +16.9%.

 

Sekejap… penanda aras tu apa?

Penanda aras adalah nilai indikatif keuntungan pelaburan anda yang sepatutnya. Ia adalah untuk anda membandingkan pulangan pelaburan anda (yang sebenari!) berbanding penanda arasnya.

 

Harap kami membantu pemahaman anda untuk melabur dengan lebih pintar.

 


Kami ingin mengingatkan prestasi masa lalu tidak semestinya petunjuk untuk menentukan prestasi masa hadapan.

Raiz membantu anda menyimpan & melabur secara konsisten – walaupun dengan amaun yang kecil, supaya anda berjaya meneruskan momentum ini. Berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu menambah baik kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).

 


Tiada aplikasi Raiz? 

Muat turun aplikasi Raiz secara percuma: 

.

 

 

 

 

Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).