Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Pengurus aset terbesar Malaysia, Permodalan Nasional Bhd (PNB), merancang untuk menambah aset infrastruktur ke dalam portfolio pelaburannya mulai tahun depan – untuk mempelbagaikan pendedahan aset-asetnya dan juga untuk mengemudi persekitaran inflasi semasa yang tinggi, kata Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Ahmad Zulqarnain Onn.
- Langkah itu diambil ketika pengurus aset global mencurahkan berbilion dolar ke dalam aset infrastruktur di seluruh Asia Tenggara, didorong oleh prospek pertumbuhan sektor itu dan demi pulangan jangka panjang yang stabil.
- PNB menguruskan RM336.7 bilion aset bagi tahun 2021.
- Kerajaan UK membatalkan rancangan untuk merendahkan cukai ke atas golongan berpendapatan tinggi.
- Sehari selepas pengumuman itu, matawang pound sterling UK jatuh ke paras terendah sepanjang masa, dan bon kerajaan UK terjual secara besar-besaran, menyebabkan bank pusatnya, Bank of England terpaksa melakukan program pembelian sementara untuk menenangkan pasaran.
- Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Miskin Tegar
Golongan miskin tegar menyaksikan peningkatan dalam tempoh pandemik, dengan peratusan di bawah kategori ini meningkat daripada 5.6% sebelum pandemik bermula pada tahun 2020, kepada 8.4% – Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi).
Mengikut standard kemiskinan kebangsaan, sesebuah isi rumah dianggap miskin tegar jika pendapatan bulanan mereka di bawah RM1,169.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).