PKP di Shenzhen akan menjejaskan semuanya – dari kereta ke iPhone (minggu berakhir 15/03/2022)

Click here for English

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Shenzhen, sebuah bandar China dan hab teknologi utama, diletakkan dalam “lockdown” pada hari Ahad selepas wabak kes COVID. Sama ada iPhone, kereta atau barang elektronik, mengunci Shenzhen, dan kesan seterusnya di pelabuhan Yantian – yang keempat terbesar di dunia – akan menyebabkan kelewatan penghantaran pelbagai produk dan terus memburukkan lagi rantaian bekalan yang sudahpun mengalami masalah sejak wabak bermula.
  • Rizab Persekutuan AS dijangka akan mula menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh tiga tahun dalam usaha membendung inflasi yang melambung tinggi. Mereka bersedia untuk memulakan satu siri kenaikan kadar faedah bermula pada bulan Mac, walaupun di tengah-tengah kekecohan pencerobohan Rusia di Ukraine.
    • Biasanya, apabila kadar faedah meningkat, kos pinjaman juga meningkat — jadi pengguna akan cenderung untuk kurang berbelanja, akhirnya mengurangkan tekanan ke atas harga barangan.
  • Kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sepatutnya lebih tinggi pada kadar 6.7%, berbanding 6.1% yang diumumkan baru-baru ini, jika tiada aliran keluar simpanan oleh ahlinya melalui tiga program pengeluaran khas iaitu i-Lestari, i-Sinar &i-Citra, yang memanfaatkan lebih 7.3 juta ahli dengan pengeluaran berjumlah RM101 bilion – Menteri Kewangan.

 

Tahukah Anda?

Sekatan Perdagangan

Sekatan Perdagangan adalah penalti yang dikenakan kepada industri dan individu sasaran, atau secara meluas ke seluruh negara, untuk menghentikannya daripada bertindak agresif atau melanggar undang-undang antarabangsa.

Sebagai contoh, AS mengharamkan semua import minyak & gas Rusia, dan UK akan menghentikan minyak Rusia menjelang akhir tahun 2022 kerana pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).