raiz invest logo
Perdebatan Hebat: Yang Mana Satu Antara Dua Ini Boleh Menjadikan Anda Lebih Kaya?

Click here for English

Pernah terfikir apa yang lebih penting untuk masa depan kewangan anda: dos harian kafein atau kuasa pulangan kompaun? Minggu ini, kami akan merungkai perdebatan kewangan yang menyeronokkan (dan sangat relevan) ini!

Daya Tarikan Kopi

Kopi membuat kita terus bergerak, mendorong produktiviti kita, dan mungkin juga mencetuskan idea-idea cemerlang. Tetapi mari kita jujur, tabiat mengopi harian itu boleh mendatangkan kesan kewangan! Dalam setahun, kopi RM5 berjumlah RM1,800 – dan itu adalah RM18,000 selama 10 tahun!

Kuasa Pulangan Kompaun

Sekarang, bayangkan anda melabur RM5 setiap hari dalam portfolio pelaburan konservatif, memperoleh pulangan tahunan konservatif 4%. Terima kasih kepada pulangan kompaun (di mana pulangan atas pulangan), dalam 10 tahun, pengorbanan kopi harian and aitu boleh berubah menjadi RM22,787.59!

Kesimpulannya

Pilihan di tangan anda: rangsangan tenaga sementara atau kelebihan kewangan jangka panjang. Ini bukan untuk mengatakan bahawa anda tidak boleh menikmati kopi anda, tetapi pertimbangkan kaedah mengopi lain untuk penjimatan. Ingat, jumlah kecil yang dilaburkan secara konsisten boleh membuat perbezaan yang signifikan – terima kasih kepada kuasa pulangan kompaun.

Jadikan Wang Anda Bekerja untuk Anda

Bersedia untuk melepaskan kuasa pulangan kompaun dalam kehidupan anda sendiri? Set pelaburan berkala RM5 setiap hari di aplikasi Raiz anda hari ini!

Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda setiap bulan adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).