Pengerusi Top Glove telah membeli lebih banyak saham dalam syarikat sarung tangan getah ini. (minggu berakhir 16/08/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Malaysia berada di landasan yang betul untuk mencapai pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) antara 5.3% dan 6.3% pada 2022 – Tengku Zafrul.
    • Pada suku kedua 2022 (2Q22), KDNK berkembang sebanyak 8.9% – prestasi terbaik di rantau ini. Singapura meningkat 4.4%, Indonesia sebanyak 5.4%, Vietnam sebanyak 7.7%, dan Filipina sebanyak 7.4% pada suku yang sama.
  • Ringgit menyusut sebanyak 4.9% pada suku kedua 2022.
    • 31 Mac: USD1 = RM4.2040.
    • 30 Jun: USD1 = RM4.4082.
    • Ini dijangka memberi manfaat kepada syarikat berorientasikan eksport seperti sektor semikonduktor dan perladangan.
  • Pengerusi Top Glove, Tan Sri Dr Lim Wee Chai telah membeli lebih banyak saham dalam syarikat sarung tangan getahnya sendiri.
    • Top Glove ditutup 79.5 sen semalam – paras terendah yang tidak pernah dilihat sejak Mac 2017. Harga sahamnya berada pada aliran menurun seiring dengan permintaan sarung tangan yang semakin berkurangan.
  • Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik.

 

Anda tahu?

KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar)

Ia adalah berapa banyak ekonomi sesebuah negara telah menghasilkan jumlah barangan dan perkhidmatan.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).