Pelaburan Netflix di Korea telah membawa kesan ekonomi bernilai US$4.7 bilion

05-10-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Minggu ini tumpuan adalah kepada Amerika Syarikat di mana hasil bon (“bond yield”) meningkat (jadi harga bon jatuh) dan pasaran ekuiti tidak menunjukkan prestasi yang baik. Hala tuju pasaran ekuiti dan bon AS tersebut menyebabkan pasaran global juga jatuh.
  • Malaysia mencatatkan 8,075 kes baru Covid-19 semalam – hari kedua berturut-turut kes harian berada di bawah 10,000 – The Edge.
    • Sehingga Ahad (3 Okt), lebih daripada 20 juta individu atau 87.6% daripada penduduk dewasa negara ini (atau 63.1% daripada jumlah penduduk keseluruhan) telah divaksin sepenuhnya.
  • Netflix telah banyak melabur dalam menghasilkan kandungan Korea dan pengeluaran asli terkini syarikat itu, “Squid Game”, terbukti berhasil. “Squid Game” telah menjadi drama Korea pertama yang menduduki tempat No. 1 di Netflix Amerika Syarikat – Forbes.
    • Netflix berkata pelaburan di Korea itu sejak lima tahun lalu telah membawa kepada kesan ekonomi bernilai 5.6 trilion won (US$4.7 bilion) di Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap.
    • “Squid Game” begitu popular sehingga penyedia internet Korea Selatan menyaman Netflix untuk kos yang ditanggung daripada peningkatan trafik internet dan kerja penyelenggaraan.
  • Facebook, Instagram dan WhatsApp mengalami gangguan pada tengah hari Isnin – CNN.
    • Saham Facebook turun lebih daripada 5% dalam dagangan tengah hari Isnin, meletakkannya hampir pada hari dagangan terburuk dalam hampir setahun.
  • Pengasas Amazon Jeff Bezos mengambil bahagian dalam pelaburan US$87 juta Series B untuk syarikat permulaan (“start-up”) Indonesia, Ula, menandakan pelaburan pertamanya dalam sektor e-dagang Asia Tenggara.
    • Ula mengendalikan pasar e-dagang borong untuk membantu peruncit kecil menguruskan rantaian bekalan, inventori dan modal kerja dengan lebih cekap.

 

Anda tahu?

Hampir 15 tahun yang lalu, pada tarikh ini, Google membeli YouTube dengan jumlah besar sebanyak US$1.65 bilion.
Kini, pada tahun 2020 sahaja, perkhidmatan perkongsian video itu meraih pendapatan hampir US$20 bilion.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).