Pelaburan Anda – Di Sebalik Tabir

Click here for English

 

Pernah tertanya-tanya apa yang terjadi kepada duit anda setelah debit kad anda dicaj? Jom kita tengok apa terjadi di sebalik tabir!

SEBELUM ITU, biar kami jelaskan bahawa anda hanya boleh melabur SELEPAS akaun anda telah disahkan. Untuk akaun anda disahkan, pastikan;

  1. Gambar kad pengenalan adalah jelas; dan
  2. Nombor bank akaun anda betul (dan ianya adalah akaun anda)

Jika tidak, transaksi anda akan tertera sebagai “Belum selesai”.

Selepas akaun anda disahkan dan anda telah membuat deposit pertama;

1. Kad debit anda dicaj.

Pada ketika ini, duit anda sudah ditolak, tetapi ianya masih dipegang oleh bank anda. Kami hanya akan menerima duit anda pada keesokan hari bekerja. Di dalam aplikasi Raiz anda, transaksi ini akan tertera sebagai “Sedang diproses” dalam skrin “Lepas”.

2. Pada pagi hari bekerja berikutnya, bank anda akan menghantar duit anda kepada Penjaga atau “Custodian”.

“Custodian” bertanggungjawab untuk menjaga duit dan aset anda.

3. Raiz akan untuk membeli unit-unit amanah saham untuk anda.

Di dalam aplikasi Raiz anda, transaksi ini masih akan tertera sebagai “Sedang diproses” dalam skrin “Lepas”.

4. Kami menerima pengesahan pembelian unit-unit anda

Kami akan menerima pengesahan ini selewat-lewatnya pada hari esoknya. Biasanya, kami akan menerima pengesahan ini pada waktu petang hari yang sama. Sebaik sahaja kami mengesahkan pembelian tersebut di dalam sistem kami, status “Sedang diproses” pada transaksi anda akan hilang. Ini bermakna pelaburan anda sudah berjaya dan akan dikemaskini di “Nilai Akaun anda” pada “home screen”.

 

Anda masih mempunyai soalan berkenaan pelaburan anda? Hubungi kami di [email protected].

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelaburanda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz. 

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat. 

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).