“Patut ke saya keluarkan semua duit saya di Raiz?” Pelaburan – dari POV kami 👀

Click here for English

Seorang Raizer menelefon hari ini, dan bertanya – dengan sopan – “Saya telah membuat deposit RM1,000 pada awal tahun ini. Baki akaun saya kini berjumlah RM939, telah turun sebanyak 6.1%. Kenapa? Apa patut saya buat? Patut ke saya keluarkan semua wang saya sekarang? Ini kali pertama saya melabur menggunakan wang tunai saya. Harap dapat bantu”.

 

Mengapa ia lebih rendah?

Dalam pelaburan, ada pasang surutnya. Apabila anda melabur, anda sebenarnya sedang membeli unit-unit saham pada harga yang tertentu.

Harga naik dan turun mengikut pergerakan pasaran saham.

 

Sekarang mari kita lihat prestasi pasaran saham.

Pasaran AS (indeks S&P 500) turun 21.1% sejak Januari tahun ini.

Pasaran kita pula (FBM KLCI) turun 8.7% setakat tahun ini.

Seperti yang anda lihat, pelaburan pelanggan turun 6.1% — ini secara teknikalnya masih lebih baik daripada prestasi pasaran. Kenapa? Kerana dengan Raiz, anda tidak melabur dalam satu saham. Anda melabur dalam portfolio saham di pelbagai pasaran di seluruh dunia. Jadi, apabila sesebuah saham turun, akan ada yang naik, maka ianya akan jadi seimbang. Inilah kepentingan kepelbagaian (diversification).

 

Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh pelanggan tersebut? Patutkah dia mengeluarkan semua wangnya?

Apa yang beliau lihat hanyalah kerugian di atas kertas – ia tidak akan direalisasikan sehingga beliau bertindak. Jika anda membuat pengeluaran, anda sebenarnya menjual semua unit anda. Jika anda menjual pada harga yang lebih rendah daripada yang anda beli, anda akan mengalami kerugian. Jika anda menjualnya lebih tinggi, anda mendapat keuntungan. Beli rendah, jual tinggi. Oleh itu, daripada memberitahunya untuk membuat pengeluaran, kami menasihati beliau untuk mengambil peluang ke atas harga semasa yang sedang rendah (lebih murah). Beli lebih banyak unit supaya kos purata seunit menjadi lebih rendah jadi apabila pasaran melantun semula, anda akan kembali ke zon hijau dengan lebih cepat. Ini sebenarnya adalah purata kos ringgit.

Ingat, setiap kejatuhan pasaran pada masa lalu telah berakhir lebih tinggi. Kejatuhan pasaran adalah satu peluang. Jangan terbawa-bawa dengan emosi.

Raiz direka untuk pelabur baru. Kami membantu membina portfolio pelaburan anda, membolehkan anda melabur menggunakan sejumlah wang yang kecil, dan kami juga mengautomasikan proses pelaburan anda supaya anda boleh melabur dengan konsisten. Ini semua adalah kunci untuk mempunyai pulangan pelaburan yang lebih sihat dalam jangka masa panjang.

Selamat melabur!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).