Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:
- Tahun 2021 hampir di cermin belakang – hanya 9 hari urusniaga sahaja lagi!
- Saham Amerika Syarikat menyusut dengan ketara semalam, dengan indeks Dow Jones ditutup dengan penurunan lebih 430 mata kerana kebimbangan pasaran terhadap penyebaran varian Omicron yang terus meningkat.
- Indeks Dow Jones menamatkan perdagangan dengan kerugian kira-kira 1.2% atau 433 mata.
- Penurunan ini diikuti penurunan 1.5% pada hari Jumaat lepas dan juga merupakan penurunan ketiganya yang berturut-turut.
- Saham Tesla merosot 3.5% semalam, ditutup pada AS$ 899.94. Saham itu, yang berada di kemuncak pada 4 November, turun 21% pada bulan Disember – bulan terburuk sejak wabak itu melanda pada bulan Mac 2020. Nilai syarikat itu yang jauh melebihi tanda trilion dolar pada November lalu, kini bernilai pasaran kira-kira AS$ 904 bilion.
- Bursa Malaysia berakhir lebih rendah semalam sejajar dengan sentimen pasaran serantau yang lemah – The Star.
- Indeks Komposit FBM KL merosot 8.1 mata atau 0.54% untuk berakhir pada 1,493.9. Penjualan berterusan saham-saham “heavyweight” yang diketuai oleh Press Metal dan TNB sahaja menyumbang kepada kejatuhan 4.3 mata.
- Indeks pasaran serantau utama juga rata-rata ditutup lebih rendah kerana sebab yang sama – Omicron merebak. Ia telah mencetuskan kebimbangan yang sekatan baru ke atas perniagaan dan perjalanan mungkin memburukkan lagi gangguan rantaian bekalan dan meningkatkan inflasi.
- Negara Belanda telahpun mengumumkan bahawa ia akan memasuki fasa “lockdown” Krismas.
- Bank-bank telahpun mengumumkan tawaran bantuan kewangan kepada pelanggan yang terjejas oleh banjir.
- Lembaga Tabung Haji telah mengumumkan perlantikan bekas pengarah urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar sebagai Pengerusinya yang baru berkuatkuasa Isnin, 20 Disember.
Fakta (menghiburkan)
92% netizen menggunakan emoji.
Emoji paling banyak digunakan dalam tahun 2021 ialah… emoji ketawa-menangis – juga dikedudukan pertama sejak 2017.
Mengekori rapat di tempat kedua ialah… hati merah.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).