Pasaran saham mingguan “dibundarkan”

Click here for English

11-01-2022 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Minggu pertama 2022 menyaksikan pelabur menjual saham syarikat-syarikat teknologi mengakibatkan sektor itu jatuh lebih daripada 4%. Pelabur nampaknya keluar dari teknologi dan pergi ke perniagaan yang kurang popular seperti tenaga dan kewangan, dan sektor yang diabaikan semasa puncak pandemik — penerbangan dan hotel. Ini perubahan besar dari 2021.
  • Walaupun kebimbangan Omicron (sekali lagi) menguasai tajuk utama media, pelabur nampaknya tidak bimbang dengannya. Inflasi yang nampaknya lebih membimbangkan mereka — kesannya terhadap kadar faedah dan polisi bank-bank pusat.
  • Tencent Holdings Ltd. hampir mencapai kesepakatan untuk membeli pembuat “gaming handphone” Black Shark, satu langkah yang dapat membantunya dalam perlumbaan untuk membangunkan “metaverse”. Black Shark, yang turut dimiliki bersama oleh Xiaomi, mungkin beralih untuk membuat “headsets” realiti maya (VR) untuk pemilik barunya itu. “Metaverse” dianggap sebagai persekitaran maya di mana pengguna boleh berinteraksi dengan internet dan lain-lain – Bloomberg.
  • Malaysia: Bilangan penganggur menurun lagi kepada 694,000 orang pada Nov 2021 — terendah sejak Mac 2020. Pemulihan dijangka bertambah baik lagi kerana lebih banyak perniagaan telah kembali beroperasi – DOSM.
  • Malaysia: Jumlah pinjaman terus berkembang pada kadar yang kukuh pada Nov 2021, berikutan pinjaman isi rumah dan pinjaman perniagaan yang lebih tinggi. Penganalisis mengekalkan pandangan “overweight” mereka terhadap sektor perbankan.

 

Tahukah Anda?

6.1 juta ahli KWSP kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka – di mana 3.6 juta mempunyai kurang daripada RM1,000…

Pengajaran: Mula merancang dengan serius untuk persaraan anda. Gunakan Target Simpanan dalam aplikasi Raiz anda untuk menetapkan simpanan automatik!

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).