Pasaran saham mingguan ”dibundarkan” (minggu berakhir 19/07/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Di AS, terdapat perkembangan dari segi inflasi — laporan jangkaan inflasi Julai (bagaimana orang ramai melihat harga meningkat pada masa hadapan) jatuh kepada 2.8% dalam tempoh lima tahun, turun daripada 3.1% pada bulan Jun dan merupakan kadar terendah dalam setahun.
  • Laporan itu memberikan elemen positif terhadap kebimbangan baru-baru ini dimana inflasi boleh menyebabkan kenaikan kadar Rizab Persekutuan AS yang lebih tinggi daripada yang dijangka. Ketakutan terhadap kenaikan kadar ini telah menjadi pemacu utama kejatuhan pasaran semasa. Oleh itu, berita bahawa jangkaan inflasi menurun disambut baik oleh pelabur.
  • Walaupun tumpuan pelabur mungkin telah beralih daripada inflasi tinggi kepada pertumbuhan yang perlahan sejak pertengahan Jun, angka jualan runcit AS baru-baru ini mencadangkan perbelanjaan rakyat AS tidak terjejas.
  • Malah, data itu sama dengan laporan pekerjaan AS yang dikeluarkan seminggu lalu, yang tidak menunjukkan tanda pengangguran. Di Malaysia, trend yang sama dapat dilihat, dengan kadar pengangguran terus menurun, dengan penglibatan buruh yang lebih tinggi dan prospek pendapatan yang bertambah baik – gaji minima dinaikkan ke RM1,500.

 

Anda tahu?

Falsafah Raiz

Falsafah Raiz adalah melabur dengan amaun yang kecil secara konsisten.

Walaupun ini tidak dapat mengatasi ketidakpastian pasaran, Falsafah Raiz boleh membantu menguruskannya, dan pada masa yang sama membantu anda mempelajari tentang pasaran dan membina keyakinan anda terhadap kewangan.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).