Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Serba Dinamik Sdn Bhd dikompaun oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada Rabu lepas kerana mengemukakan penyata palsu melibatkan hasil sebanyak RM6.01 bilion bagi tempoh kewangannya berakhir 31 Dis 2020, yang sebelum ini telah dibangkitkan oleh juruaudit luarnya KPMG.
- Bank Kanada menaikkan kadar faedahnya sebanyak 50 mata asas (0.50%) dalam kenaikan terbesar dalam tempoh 22 tahun. S&P Global Ratings menjangkakan kadar faedah Malaysia tahun ini akan meningkat sebanyak 50 mata asas atau kurang.
- Inflasi UK melonjak ke tahap tertinggi dalam 30 tahun pada bulan lalu, meningkatkan tekanan terhadap kerajaan untuk meringankan kos sara hidup. Kadar inflasi tahunan meningkat kepada 7% pada bulan Mac daripada 6.2% pada bulan Februari, tertinggi sejak Mac 1992.
- Elon Musk telah membuat tawaran “terbaik dan terakhir” untuk membeli Twitter Inc, mengatakan syarikat itu mempunyai potensi yang luar biasa dan dia adalah orang yang mampu membuka kuncinya. Orang terkaya di dunia itu menawarkan AS$54.20 sesaham secara tunai, menilaikan Twitter pada kira-kira AS$43 bilion.
Tahukah Anda?
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC)
Badan yang mengawal selia pemain pasaran modal Malaysia.
Contohnya, PNB, Public Mutual, Raiz Malaysia adalah dibawah kawalseliaan SC. Bank Negara mengawal selia bank-bank dan syarikat insuran.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).