Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Walaupun ditengah-tengah kebimbangan kenaikan kadar faedah, indeks cip biru atau “blue-chip” S&P 500 tutup 0.4% lebih tinggi untuk minggu lepas. Indeks Nasdaq yang berat saham-saham teknologi juga naik 2.2%. Ini adalah kali pertama sejak awal April kedua-dua indeks mencatat kenaikan tiga minggu berturut-turut.
- Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) untuk mengenakan cukai ke atas barangan import bernilai rendah yang dijual secara dalam talian dan dihantar ke Malaysia – yang dijangka membawa hasil cukai tambahan sebanyak RM200 juta setahun kepada Malaysia.
- Barangan bernilai rendah dianggap berharga RM500 dan ke bawah.
- RUU itu diluluskan dengan undi majoriti.
- MR. DIY, peruncit pembaikan rumah kegemaran Malaysia, mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM135.19 juta pada suku kedua berakhir Jun-22.
- Ini adalah keuntungan suku tahunan tertinggi sejak ia pertama kali disenaraikan di Bursa pada Okt-20. Sahamnya telah melonjak kira-kira +45% sejak itu, menilaikan syarikat ini pada kira-kira RM21 bil.
- Ia juga menyasarkan untuk membuka 87 lagi kedai antara tiga jenamanya – MR. DIY, MR TOY dan MR DOLLAR – membawa kepada jumlah keseluruhan 180 kedai pada tahun 2022.
- Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda dalam jangka masa panjang daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik.
Anda tahu?
Rang Undang-Undang
Ia adalah draf cadangan undang-undang yang dibentangkan kepada Parlimen untuk dibincangkan.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).