Pasaran saham mingguan “dibundarkan” (minggu berakhir 12/04/2022)

Click here for English

 

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Pelabur memulakan minggu ini dalam “mood” berisiko rendah menjelang pengumuman data inflasi penting.
    • Kesemua 3 indeks saham utama AS ditutup jauh lebih rendah semalam.  Saham Eropah juga jatuh. Pasaran saham utama Asia juga merosot.
  • Bitcoin jatuh sebanyak 7.7% – kali pertama mata wang kripto terbesar itu jatuh di bawah USD40,000 sejak 16 Mac 2022.
    • Didapati Bitcoin cenderung bergerak ke arah yang sama seperti indeks Nasdaq-100 — dan kecenderungan ini makin dekat daripada sebelumnya. Sebahagian besar Bursa saham Nasdaq terdiri daripada saham-saham syarikat teknologi.
  • GoTo Indonesia melonjak 23% dalam dagangan sulungnya di bursa saham Jakarta semalam.
    • Syarikat teknologi terbesar di Indonesia itu mengumpul AS$1.1bil (RM4.64bil) dalam IPO.
    • GoTo dibentuk tahun lepas daripada penggabungan syarikat “ride-hailing” Gojek dan firma e-dagang Tokopedia.

 

Tahukah Anda?

Tawaran Awam Permulaan, atau IPO

Tawaran Awam Permulaan, atau IPO, ialah apabila syarikat menjual sebahagian saham-sahamnya kepada pelabur awam di bursa saham.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).