Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:
- Harga saham-saham syarikat teknologi mengalami turun naik berikutan potensi kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat tidak lama lagi. Penjualan besar-besaran saham-saham syarikat ini di pasaran global baru-baru ini boleh dilihat sebagai peluang untuk membeli pada harga rendah. Saham syarikat-syarikat teknologi di Bursa Malaysia juga tidak terkecuali kerana pelabur menilai semula portfolio mereka dan melihat bon menawarkan pulangan yang lebih baik semasa ketidaktentuan pasaran ini.
- Pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam jangka pendek disebabkan oleh peningkatan risiko pasaran dan ketidaktentuan dalam pasaran global. Walau bagaimanapun, adalah dijangkakan bahawa pelabur akan memburu saham-saham berkualiti yang harga menarik kerana asas-asas syarikat Malaysia bertambah baik dan ekuiti tempatan dinilai rendah berbanding rakan serantaunya, oleh itu menawarkan potensi pulangan yang baik untuk pelabur.
- Citigroup telah bersetuju untuk menjual bahagian perniagaan penggunanya di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam kepada syarikat Singapura, United Overseas Bank (UOB) dengan harga kira-kira US$3.7 bilion.
- Ia kini hampir keluar dari operasi perniagaan penggunanya di 13 pasaran.
- Pengambilalihan ini juga akan meletakkan UOB dalam kedudukan 10 bank pengguna teratas di Indonesia, dan dalam 5 teratas di Malaysia.
Anda tahu?
Ingat, sama juga dalam kehidupan, pasaran saham ada turun naiknya. Apabila ia berlaku, Tarik nafas dalam-dalam, bertenang dan fikir secara waras.
Sedangkan pokok tidak tumbuh tanpa hujan.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).