Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
- Pasaran saham global tidak menentu dalam beberapa minggu kebelakangan ini dan jatuh mendadak kerana pelabur semakin bimbang tentang kenaikan kadar faedah.
- S&P 500 AS berakhir di bawah 4,000 buat kali pertama sejak Mac 2021 akibat penjualan saham besar-besaran.
- Saham teknologi menyebabkan Indeks Komposit Nasdaq AS turun lebih daripada 4%. Bitcoin, yang didagangkan hampir sejajar dengan saham teknologi, jatuh ke tahap terendah sejak Julai 2021. Ia jatuh serendah AS$33,000 – telah kehilangan lebih daripada separuh nilainya sejak ia mencecah paras tertinggi sepanjang masa sebanyak AS$69,000 pada bulan November tahun lepas.
- Di pasaran tempatan, FBM KLCI ditutup 1% lebih rendah semalam.
- Tinjauan Reuters dan Moody’s Analytics berkata Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan kadar faedahnya pada 1.75% dalam mesyuarat bulan Mei esok.
- Kami faham apabila ia adalah hasil kerja keras anda, ia adalah lebih sukar untuk menunggang naik turun pasaran ini. Ia, seperti pandemik, berada di luar kawalan kita. Ia, seperti pandemik, akan berlalu pergi dan dalam jangka panjang akan meningkat.
- Falsafah Raiz direka khas untuk mengembangkan wang anda dengan membantu anda menyimpan dalam amaun yang kecil secara automatik dan konsisten. Ini dikenali sebagai purata kos ringgit dan boleh membantu anda menghadapi turun naik yang sedang berlaku.
Tahukah Anda?
Kerancakan Perubahan Pasaran Saham (“Market Volatility”)
Kadar perubahan turun naik harga saham yang berlaku dalam pasaran dalam sela masa tertentu. Kadar tinggi selalunya bermaksud risiko yang lebih tinggi.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).