Pasaran saham AS tenggelam (minggu berakhir 14/06/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Saham A.S. jatuh ke dalam “bear market” secara rasmi pada hari Isnin.
    • Kerana indeks utamanya iaitu S&P 500 & Nasdaq telah jatuh lebih daripada 20% di bawah rekod tertinggi baru-baru ini – yang bermaksud ia secara rasmi jatuh ke dalam “bear market”.
    • Pasaran saham global juga menjunam semula semalam apabila inflasi A.S. mencetuskan kebimbangan berterusan tentang kenaikan kadar faedah yang lebih agresif.
  • Di pasaran saham tempatan, Indeks Komposit KL (FBM KLCI) kehilangan 29 mata untuk berakhir pada 1,464.83 – terendah sejak November 2020.
    • Kesemua 30 saham komponen FBM KLCI berakhir di zon merah dan kesemua indeks di Bursa Malaysia turun.
    • Saham Rugi mengatasi Untung pada nisbah 1,084-ke-138 saham.
  • Pasaran matawang kripto terus menjunam beberapa minggu kebelakangan ini kerana kenaikan kadar faedah dan inflasi yang meningkat mendorong pelabur untuk menyingkirkan aset yang lebih berisiko dalam pegangan mereka.
    • Bitcoin mencecah paras terendah pada AS$23,300 semalam – paling rendah sejak Disember 2020. Bitcoin jatuh selepas Celsius Network, sebuah syarikat pinjaman mata wang kripto AS yang besar, telah membekukan pengeluaran, memetik “keadaan pasaran yang melampau”.

 

Tahukah Anda?

FTSE Bursa Malaysia KL Composite Index (FBM KLCI)

Atau Indeks Komposit KL digunakan sebagai petunjuk untuk mengetahui prestasi semasa pasaran saham Malaysia. Ianya terdiri daripada 30 syarikat terbesar (dari segi nilai pasaran) yang tersenarai di Bursa Malaysia.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).