Pasaran saham agak stabil minggu lepas (minggu berakhir 12/07/2022)

Click here for English

Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:

  • Pasaran saham agak stabil minggu lepas.
    • Kenapa? Nampaknya percubaan bank pusat untuk mengekang inflasi dengan menaikkan kadar faedah, berjalan. Pelabur menantikan kesannya.
  • Inflasi ditentukan oleh kos di 4 kategori utama;
    • Tenaga: Berapa banyak yang anda bayar untuk minyak kereta dan elektrik. Kos telah melonjak akibat perang di Ukraine.
    • Makanan: Seperti daging, ayam atau telur. Minyak yang lebih tinggi bermakna lebih tinggi kos penghantaran membawa kepada lonjakan harga makanan. Dan juga, tiada lagi subsidi minyak masak…
    • Barangan: Seperti kereta atau barangan elektronik. Menunggu lebih daripada 10 bulan untuk mendapatkan Proton X70 anda? Salahkan isu rantaian bekalan daripada Covid-19.
    • Perkhidmatan: Fikirkan tiket penerbangan dan Netflix. Kenaikan harga bahan api untuk jenis perkhidmatan ini telah menyebabkan kenaikan harganya melebihi kadar inflasi.
  • Menilik masa depan … Ia boleh mengambil masa untuk perubahan ini untuk memberi kesan kepada kos harian anda, tetapi ahli ekonomi sudahpun melihat penurunan harga.
    • Minyak turun hampir 20% pada awal bulan Julai dari paras tertinggi Jun. Penurunan harga ini belum sampai ke stesen minyak tetapi nantikan.
    • Harga minyak sawit mentah telah jatuh lebih daripada 30% dalam tempoh tiga minggu yang lalu.
    • Penurunan harga dalam komoditi utama seperti ini biasanya akan diikuti oleh penurunan inflasi. Trend ini mungkin menjadi sebab untuk kestabilan pasaran saham baru-baru ini.

 

Ingat, sama ada pasaran naik atau turun, melabur secara konsisten, walaupun dengan jumlah yang kecil. Ia mampu membantu anda menunggang pasaran dan merupakan salah satu kunci untuk mempunyai pulangan pelaburan yang lebih baik dalam jangka masa panjang.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).