03-11-2021
Perkataan “portfolio” sering digunakan. Ianya mungkin kedengaran rumit, lebih-lebih lagi jika anda belum mempunyai pengetahuan berkenaannya. Tetapi jangan risau, konsepnya mudah! Portfolio hanyalah satu terma yang digunakan untuk menggambarkan sesebuah koleksi. Sebagai contoh, bagi seorang pelukis, portfolionya adalah koleksi karyanya.
Dalam dunia kewangan, portfolio adalah kepelbagaian pelaburan yang dipegang oleh seseorang individu. Mari kita cuba fahami dan lihat bagaimana portfolio di Raiz boleh membantu anda mencapai matlamat pelaburan anda.
Apa itu portfolio di Raiz?
Sesebuah portfolio di Raiz terdiri daripada satu atau lebih dana-dana unit amanah.
Apa itu dana unit amanah?
Dana-dana unit amanah mengumpulkan wang daripada ramai pelabur dan melabur dalam banyak aset; atau portfolio aset-aset. Ada dana yang kebanyakannya terdiri daripada saham, ada yang kebanyakannya terdiri daripada bon, dan ada yang gabungan kedua-duanya sekali! Anda boleh menganggap satu dana itu sendiri sebagai sebuah portfolio! Setiap dana unit amanah biasanya mempunyai objektif pelaburan yang jelas seperti untuk peningkatan modal atau penjanaan pendapatan dan sebagainya.
Bagaimana saya ingin mengetahui apa yang terkandung dalam setiap dana?
Anda boleh melihat pegangan-pegangan terbesar bagi setiap dana unit amanah di dalam Fund Factsheet nya. Pegangan-pegangan terbesar tersebut juga boleh dilihat di aplikasi Raiz, di skrin Portfolio.
Perlukan saya memilih sendiri dana-dana untuk portfolio saya?
Tidak. Dengan Raiz, anda tidak perlu memilih dana-dana untuk portfolio anda kerana ianya sudah siap terbina untuk anda. Contohnya, portfolio Raiz anda terdiri daripada 80% Dana ABC dan 20% Dana XYZ.
Bagaimana ingin saya tahu tahap risiko portfolio saya?
Nama untuk setiap portfolio Raiz yang terdiri daripada “Aggressive”, “Moderate”, dan “Conservative” memberikan petunjuk tentang tahap risiko portfolio tersebut. Untuk Portfolio Bolehubah pula, ia dilengkapi dengan ciri skala risiko yang telah siap terbina untuk memberikan gambaran tentang tahap risiko portfolio anda.

Bagaimana boleh saya lihat prestasi portfolio Raiz saya?
Di sinilah Raiz memudahkan anda untuk melihat berapa jumlah yang telah dilaburkan, baki akaun anda, dan pulangan pelaburan – kesemuanya di hujung jari sahaja.
Bolehkah saya menukar portfolio?
Ya. Anda mempunyai pilihan untuk menukar ke portfolio lain yang tidak dicadangkan kepada anda, pada bila-bila masa. Harap maklum, oleh sebab setiap portfolio mempunya tahap risiko yang berlainan, anda mungkin terdedah kepada risiko yang kurang atau lebih daripada tahap toleransi risiko anda jika anda mengubah portfolio. Tiada bayaran yang akan dikenakan untuk penukaran portfolio.
Sekarang, adakah anda lebih yakin tentang kewangan anda?
Kami berharap anda lebih yakin sekarang! Kami mempunyai bahan bacaan yang lain di blog kami untuk meningkatkan keyakinan tentang kewangan anda. Kami juga berharap portfolio Raiz akan membantu anda mencapai matlamat pelaburan anda, tidak kira apa pun matlamat tersebut!
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).