OPR, EPF & AKPK

Click here for English

09-11-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • OPR kekal di 1.75%.
    • BNM telah memutuskan untuk mengekalkan kadar polisi utamanya pada kadar semasa yang rendah ini sejak Julai 2020.
    • Apa maksudnya untuk rakyat?
      • Ini bermakna kadar faedah yang lebih rendah bagi simpanan dan pinjaman. Atau ringkasnya, baik untuk orang yang ingin mengambil pinjaman, dan tidak begitu baik untuk orang yang menyimpan wang dalam simpanan tetap (fixed deposit).
  • Bantuan RM3 bilion Khazanah – The Edge.
    • Belanjawan 2022 membawa harapan kepada syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia yang terjejas oleh pandemik. Syarikat yang layak mungkin menerima sokongan kewangan daripada kerajaan dalam bentuk suntikan ekuiti.
    • Khazanah Nasional diberi mandat untuk membantu kerajaan menyediakan infrastruktur untuk menguruskan saiz dana sekurang-kurangnya RM3 bilion.
  • KWSP menetapkan sasaran untuk setiap ahli untuk mempunyai Simpanan Asas sebanyak RM240,000 pada usia 55 tahun – yang dianggap mencukupi untuk menyokong keperluan asas ahli selama 20 tahun semasa persaraan (atau sehingga umur 75 tahun ) – portal KWSP.
    • Kemudahan pengeluaran khas (i-Lestari, i-Sinar, dan i-Citra), walaupun telah memberikan sedikit kelegaan sementara kepada ahli yang terjejas akibat pandemik, telah menyebabkan 6.1 juta ahli kini mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam akaun KWSP mereka.
      • 5.8 juta daripadanya adalah ahli di bawah umur 55 tahun.
      • 3.6 juta daripadanya mempunyai kurang daripada RM1,000.
    • Ini menyebabkan mereka bakal menghadapi kekurangan untuk simpanan persaraan, dan ini memerlukan perhatian serius.
  • Tahukah anda tentang Program Pengurusan Kredit (PPK) oleh AKPK?
    • AKPK adalah agensi yang ditubuhkan oleh Bank Negara untuk membantu individu mengawal kewangan mereka melalui pengurusan hutang yang bijak.
    • AKPK menyediakan ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk mendapatkan semula kawalan ke atas hutang mereka dengan membangunkan pelan pembayaran balik hutang peribadi melalui rundingan dengan bank masing-masing.

 

Anda Tahu?

Sebab utama orang ramai (36.5%) menyertai Program Pengurusan Kredit AKPK adalah “Pengurusan Kewangan yang Lemah”.

“Kehilangan Pekerjaan” hanya 8.9%.

 


Maklumat Penting 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).