Moratarium – Nak ambil ke tak?..

13-07-2021 – Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:

  • Tinjaun dalam talian yang dijalankan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) semasa moratorium Apr-20 tahun lepas.
    • 88% responden telah memilih untuk mengambil program moratorium pembayaran balik pinjaman tersebut.
      • 48% ingin membuat tabung kecemasan.
      • 21% berbelanja untuk keperluan harian.
      • 16% untuk melabur.
      • 11% untuk mengambil pinjaman tambahan.
      • 4% tidak mempunyai apa-apa rancangan.
  • Jika saya ambil, bagaimana ia akan menjejaskan pinjaman saya?
    • Faedah pinjaman anda TIDAK akan di kompaun, tetapi masih di akru.
    • (Apa itu??)
    • Ini bermakna, jumlah amaun yang dibayar anda akan lebih tinggi (tetapi tidak setinggi jika faedah itu di kompaun).
      • Contoh: untuk pinjaman kereta 9 tahun, RM80,000, faedah 2.5%, bayaran bulanan anda ialah RM907.41 sebulan. Ini bermakna jumlah bayaran bulanan yang dibayar ialah RM98,000.
      • Jika anda mengambil moratorium sekarang, bergantung kepada baki pinjaman semasa anda, jumlah ansuran yang dibayar akan melebihi RM98,000.
    • Tiada penalti dikenakan, dan rekod peminjam tidak akan terjejas.
  • Kesimpulan kami, AMBIL – jika kewangan anda terjejas dan memerlukan wang untuk keperluan harian.
    • Jangan ambil – jika anda tidak terjejas. Mari kita bantu!
    • Ambil – jika anda cukup yakin bahawa anda boleh melabur di tempat lain dengan pulangan yang konsisten dan lebih baik daripada kadar faedah pinjaman anda.
  • Raiz membantu anda untuk menyimpan & melabur secara automatik – setkan Target Simpanan anda untuk tabung kecemasan dan simpan secara automatik!

 

Definisi Minggu Ini: Keuntungan Terkompaun

Tahun 1 anda mendapat keuntungan – dikira atas baki anda.

Tahun 2 anda mendapat keuntungan – dikira atas baki anda + keuntungan pada tahun 1.

Tahun 3 anda mendapat keuntungan – dikira pada jumlah baki anda + keuntungan pada tahun 1 + keuntungan pada tahun 2.

Dan seterusnya.

 


Maklumat Penting

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).