Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
Phew… Minggu yang dasyat.
Perkahwinan yang paling bersejarah sejak tahun 2008 antara dua bank besar Switzerland. UBS bersetuju untuk mengambil alih pesaing sekian lamanya, Credit Suisse, dengan harga USD 3.2 bilion – menandakan urusniaga perbankan terbesar dalam beberapa tahun.
p/s Credit Suisse berakhir pada Jumaat lalu dengan nilai pasaran sekitar USD 8 bilion. Ini bermakna UBS mendapat diskaun sebanyak 62%!
Badan-badan pengawal selia dilihat kesuntukan masa untuk menghentikan ketidakyakinan yang berbahaya terhadap system perbankan global. Pihak berkuasa Switzerland terpaksa mengubah undang-undang negara itu untuk segera memuktamadkan urusniaga itu. Kerajaan Switzerland juga akan menyediakan lebih daripada USD 9 bilion untuk menyokong kerugian yang mungkin ditanggung oleh UBS akibat pengambilalihan itu. Bank Negara Switzerland juga menyediakan lebih daripada USD 100 bilion kecairan kepada UBS untuk membantu melancarkan urusniaga itu.
Rancangan pantas “perkahwinan paksa” yang terpaksa diatur oleh pihak berkuasa Switzerland ini menunjukkan betapa buruknya keadaan itu.
Walau bagaimanapun, saham-saham meningkat semalam (selepas kejatuhan besar minggu lepas) apabila pelabur menarik nafas lega bahawa tindakan menyelamat bersejarah yang melibatkan dua bank besar ini berpotensi untuk menghentikan penularan krisis perbankan – buat masa ini.
Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Bank terbesar di dunia ialah Industrial and Commercial Bank of China (ICBC) degan aset melebihi USD 5.5 trilion.
Ke-2 ialah China Construction Bank (USD 4.7 trilion).
Sumber: 2022 S&P Global Market Intelligence report
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).