Kami berkongsi beberapa maklumat tentang Pelaburan dan Ekonomi:
TIGA perkara yang anda perlu tahu minggu ini;
-
- Bank Negara dijangka bakal mengekalkan kadar faedah. Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara pada Khamis merupakan antara peristiwa penting minggu ini.
- Dua gergasi industri, Tesla dan Amazon Web Services (AWS) akan melabur di Malaysia.
- Tesla akan membuka bilik pameran jualan, pusat servis dan mewujudkan rangkaian stesen pengecasan. Ini bakal mewujudkan pekerja mahir dan meningkatkan penyertaan syarikat tempatan dalam ekosistem kenderaan elektrik.
- AWS akan melancarkan infrastruktur baharu serantaunya di Malaysia, mengesahkan bahawa ia berhasrat untuk melabur sekurang-kurangnya RM25.5 bilion menjelang 2037.
- Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) ingin mengambil alih syarikat Boustead Holdings Bhd dan menjadikannya syarikat persendirian. LTAT telah membuat tawaran pengambilalihan sukarela untuk baki 40.58% saham yang belum dimilikinya. Berdasarkan jumlah saham – 822.51 juta, atau 40.58% daripada Boustead – LTAT dijangka perlu “mengorek” RM703.25 juta untuk pembelian tersebut.
- Boustead memiliki 52% saham Pharmaniaga Bhd dan 64.99% daripada Boustead Heavy Industrial Corp Bhd. Selain itu, ia juga memiliki 57.42% daripada Boustead Plantation Bhd dan 20.93% daripada Affin Bank Bhd.
Raiz membantu anda menyimpan & melabur – berjaya menyimpan 5% daripada gaji anda adalah lebih baik daripada memperoleh pulangan 5%. Mempunyai disiplin menabung secara konsisten adalah lebih baik dalam membantu meningkatkan kedudukan kewangan anda (daripada kesibukan memilih pengurus dana yang terbaik).
Anda tahu?
Apa maksudnya “menjadikan syarikat persendirian”?
Ini bermakna apabila sebuah syarikat besar membeli kesemua baki saham (di bursa saham) sebuah syarikat. Saham-saham syarikat yang dijadikan syarikat persendirian ini tidak akan lagi didagangkan di bursa saham awam.
Contohnya:
LTAT kini memiliki 59.42% saham syarikat Boustead. Baki 40.58% saham didagangkan di Bursa Malaysia (jadi orang ramai boleh membeli/menjual). LTAT kini mahu membeli kesemua 40.58% saham Boustead di Bursa Malaysia supaya ia memiliki 100%.
Boustead kemudiannya akan menjadi syarikat persendirian (dan bukan lagi syarikat awam).
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).