Menyimpan wang tunai anda di dalam akaun bank – dan membiarkannya tanpa disentuh – adakah ini patut dilakukan kepada wang tunai anda? Adakah anda tahu bahawa apabila anda menyimpan wang anda dalam akaun bank, anda boleh dikatakan tidak mendapat apa-apa pulangan?
Lihat di bawah – perbandingan antara ketika anda menyimpan di dalam akaun bank berbanding dana Pasaran Wang – berdasarkan data sebenar.

Menyimpan wang tunai anda dalam dana Pasaran Wang memberi anda kadar keuntungan yang lebih baik berbanding dengan akaun bank. Kerana dana Pasaran Wang juga hampir sama baiknya dengan wang tunai, ia juga mempunyai risiko yang sangat rendah. Anda bekerja keras untuk duit, sekarang biarkan pula duit bekerja untuk anda!
Kami ingin mengingatkan prestasi masa lalu bukanlah petunjuk yang baik untuk menentukan prestasi masa hadapan.
Untuk menambah dana pasaran wang ini ke dalam Portfolio Bolehubah anda; buka aplikasi Raiz > Labur > Portfolio > ikon Portfolio Bolehubah (kanan sekali) > Kemas Kini Portfolio.
Klik sini untuk info lanjut dan sini untuk menonton video cara-cara untuk mengubah portfolio anda ke Portfolio Bolehubah.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).