25-11-2021
Kita memerlukan portfolio yang dapat memenuhi semua keadaan, menjana pertumbuhan dan menawarkan kestabilan. Dana Aberdeen Standard Islamic World Equity bertujuan untuk menjadi portfolio yang direka untuk memenuhi keperluan anda.
Turun naik pasaran tidak dapat dielakkan. Namun, syarikat patuh Shariah biasanya mempunyai jumlah hutang yang kurang daripada syarikat konvensional. Syarikat yang mempunyai hutang yang kurang terutamanya semasa kemelesetan boleh memberi tumpuan kepada perniagaan, kerana mereka kurang bimbang tentang aliran tunai, dan dengan itu mereka berada pada kedudukan yang lebih baik untuk menawarkan penjanaan pertumbuhan yang stabil bagi para pelabur.
Kepelbagaian
Dana ini melabur di pasaran global merentasi sektor, memberi kebaikan pada para pelabur. Dana ini khususnya mengutamakan sektor yang menawarkan penjanaan pertumbuhan dan daya tahan yang tinggi, seperti sektor IT dan penjagaan kesihatan.
Ia melabur dalam portfolio antarabangsa ekuiti dan sekuriti berkaitan yang patuh Shariah yang mempunyai potensi penjanaan pertumbuhan yang baik. Di antara negara-negara yang dilaburkan adalah Kanada, Amerika Syarikat, UK, Perancis, Jerman, Jepun, Australia, China, Korea Selatan, dan lain-lain.
5 pegangan terbesar dana ini setakat 31 Oktober 2021 adalah:
- ASML Holding – Pembuat dan pengilang cip yang ditubuhkan di Belanda.
- L’Oreal – Sebuah syarikat penjagaan diri yang beribu pejabat di Paris, Perancis.
- Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) – Sebuah syarikat terbesar di dunia yang mengeluarkan kontrak cip semikondukter yang berpusat di Taiwan.
- Procter & Gamble Co – Sebuah syarikat barangan pengguna multinasional yang beribu pejabat di Amerika Syarikat.
- Nike Inc – Sebuah perusahaan multinasional yang terlibat dalam produksi kasut dan pakaian, dan lain-lain.
Prestasi kukuh
Dana ini menjana prestasi yang kukuh pada tahun 2020, memberikan pulangan sebanyak 18.8%, dan telah mengatasi penanda aras (9.0%). Ia telah memberikan pulangan tahunan sebanyak 12.8%* sejak penubuhannya.
Ia telah dinamakan “Best Global Islamic World Equity Fund” atau “Dana Global Ekuiti Patuh Shariah Terbaik” untuk lima tahun berturut-turut.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dana ini, sila ke laman web mereka di sini.
*setakat 30 September 2021.
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).