Berikut adalah beberapa maklumat berkenaan Pelaburan dan Ekonomi:
- Sejumlah 21,960,911 individu (atau 93. 8% penduduk dewasa) negara ini telah menerima vaksin sepenuhnya setakat hari Ahad, 17 Okt – laman web COVIDNOW.
- Dengan perjalanan antara negeri dibenarkan sekarang, tanda-tanda pemulihan dalam sektor perhotelan dan penerbangan adalah dijangkakan.
- Terdapat banyak berita positif minggu lalu yang membantu lonjakan harga saham.
- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia, FBM KLCI ditutup melebihi paras psikologi 1,600 disokong minat berterusan pembelian saham terutamanya daripada pengurus dana asing.
- Di AS, pasaran meningkat apabila melihat jumlah tuntutan faedah pengangguran telah menurun, mencerminkan penurunan dalam pemberhentian pekerjaan kerana permintaan terhadap pekerja semakin pulih.
- Penanda aras utama pasaran saham Wall Street, indeks Dow bahkan ditutup di atas paras 35,000 mata untuk pertama kalinya sejak 8 Sep.
- Memandangkan banyak ekonomi sedang pulih daripada pandemik COVID-19, permintaan terhadap tenaga juga semakin kukuh tahun ini. Permintaan tenaga global dijangka berkembang sebanyak 5% tahun ini daripada penguncupan 1% tahun lalu.
- Sebagai contoh, harga minyak mentah Brent telah meningkat kepada AS$82.60 pada 5 Okt daripada AS$49.90 pada awal tahun ini.
- Harga minyak sawit mentah berada pada RM5,129 satu tan metrik, semakin menghamppiri rekod tertinggi. Malaysia adalah salah satu pengeksport minyak sawit terbesar di dunia.
Anda tahu?
Kolonel Sanders membuka francais KFC pada usia 65 tahun. Pada usia 75 tahun, beliau menjual pegangannya dalam syarikat itu dengan harga AS$2 juta (kira-kira AS$14 juta hari ini!) dan KFC terus berkembang di peringkat global.
Lambat bermula masih lebih baik daripada tidak sama sekali!
Maklumat Penting
Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.
Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.
Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.
Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.
Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).