Kurangkan risiko portfolio pelaburan anda dengan dana Pasaran Wang (๐™ˆ๐™ค๐™ฃ๐™š๐™ฎ ๐™ˆ๐™–๐™ง๐™ ๐™š๐™ฉ)

Click here for English

Anda kini boleh mengurangkan risiko portfolio pelaburan anda dengan pelaburan di dalam pasaran wang tunai dengan Dana Affin Hwang Aiiman Money Market yang tersedia dalam Portfolio Bolehubah!

 

Apakah dana pasaran wang?

Dana pasaran wang mengendalikan sejumlah besar wang tunai. Oleh itu, apabila ia mahu meletak wang tunai dengan bank (seperti meletakkan wang tunai dalam Deposit Tetap atau Fixed Deposit), ia mempunyai kuasa untuk meminta kadar keuntungan yang lebih baik daripada individu.

Oleh kerana ia pada dasarnya adalah meminjamkan wang kepada bank, ia juga dianggap berisiko sangat rendah kerana disokong oleh bank.

 

Untuk menambah dana pasaran wang ini ke dalam Portfolio Bolehubah anda;

Buka aplikasi Raiz > Labur > Portfolio > ikon Portfolio Bolehubah (kanan sekali) > Kemas Kini Portfolio.

 

 

Miliki lebih kawalan sendiri dengan Portfolio Bolehubah. Klik sini untuk info lanjut dan sini untuk menonton video cara-cara untuk mengubah portfolio anda ke Portfolio Bolehubah.

 


Maklumatย Pentingย 

Maklumat di laman web ini adalah nasihat umum sahaja. Ini bermakna ia tidak mempertimbangkan objektif pelaburan, keadaan kewangan atau keperluan pelaburan seseorang.

Sekiranya anda seorang pelabur, anda harus berjumpa dengan penasihat berlesen anda sebelum menggunakan apa-apa maklumat yang terdapat dalam artikel ini untuk memahami sepenuhnya manfaat dan risiko yang berkaitan dengan produk Raiz.

Maklumat di laman web ini adalah sulit. Ia tidak boleh diterbitkan semula, diedarkan atau didedahkan kepada orang lain. Maklumat tersebut berdasarkan andaian atau keadaan pasaran yang berubah tanpa notis. Ini akan mempengaruhi ketepatan maklumat.

Dalam apa jua keadaan maklumat yang akan digunakan oleh, atau disampaikan kepada, seseorang untuk tujuan membuat keputusan mengenai pelaburan di Raiz, prestasi pulangan masa lalu produk Raiz tidak boleh dijadikan panduan semasa membuat keputusan untuk melabur dalam Raiz dan bukan peramal prestasi masa depan yang baik.

Iklan ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).